Friday 15 January 2016

SELAMAT DATANG EN JALALLUDIN BIN MOHAMED TAHA


Selamat Datang kepada En Jalaluddin Bin Mohamed Taha, Guru Besar SK Tg Semberong. Tahniah juga di atas pelantikan jawatan Guru Besar. Beliau telah melapor diri ke sekolah ini pada hari pertama persekolahan iaitu 3 Januari 2016. Sebelum ini beliau merupakan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Seri Bulan Yong Peng Batu Pahat. 

Pihak sekolah dan seluruh warga sekolah mengalu-alukan kehadiran tuan. Diharap tuan dapat memimpin seluruh warga SK Tanjong Semberong ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2016

Assalammualaikum

Selamat Tahun Baru 2016

Selamat Kembali ke Sekolah

KEAZAMAN ditingkatkan, NIAT diperbetulkan, DOA dipanjatkan
Semoga tahun 2016 memberikan sinar yang lebih gemilang buat warga SK Tanjong Semberong
TERUS GAH!!!

#THROWBACK 2015 - JAMUAN AKHIR TAHUN


#THROWBACK

Program penutup tahun 2015. Jamuan akhir tahun. Meraikan semua yang telah bersama-sama menjayakan program dan tanggungjawab yang diamanahkan di sekolah sepanjang tahun 2015. Turut diraikan adalah murid tahun enam yang akan meninggalkan alam sekolah rendah untuk memasuki alam sekolah menengah. Selamat Maju Jaya diucapakan kepada Rafhan, Aiman dan Ayu. Diharapkan mereka dapat terus berusaha mengejar kejayaan untuk masa depan mereka yang lebih cerah.

#TerimaKasihSemua
#TahniahSyabas
#JumpaTahun2016

#THROWBACK 2015 - PENYERAHAN KEPUTUSAN UPSR 2015


#THROWBACK

Ini merupakan perkara yang paling dinanti-nantikan oleh semua warga sekolah dan juga ibu bapa.
KEPUTUSAN UPSR 2015

Setelah segalanya diusahakan berikut adalah keputusan UPSR 2015 yang diterima pada 17 November 2015 di Dewan Bai'ah SK Tanjong Semberong.

Radin Ayu Waheeda
4A 1B
Bahasa Melayu Pemahaman - A
Bahasa Melayu Penulisan - A
Bahasa Inggeris - B
Matematik - A
Sains - A

Mohd Rafhan
2A 3B
Bahasa Melayu Pemahaman - B
Bahasa Melayu Penulisan - B
Bahasa Inggeris - B
Matematik - A
Sains - A

Muhamad Aiman Mustakim
1A 2B 1C 1D
Bahasa Melayu Pemahaman - B
Bahasa Melayu Penulisan - C
Bahasa Inggeris - D
Matematik - A
Sains - B

Gred Purata Sekolah (GPS) - 1.80
Peratus Kelulusan - 66.667%

Walaupun gagal mencatatkan kelulusan 100% namun terdapat peningkatan dalam beberapa matapelajaran. Tahniah dan Syabas kepada semua calon, ibu bapa serta guru-guru yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun untuk mempersiapkan mereka menghadapi peperiksaan ini.


#THROWBACK 2015 - LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA


#THROWBACK

Setelah beberapa tahun tertangguh akhirnya pada 5 Novemeber 2015 pihak sekolah telah berjaya mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Melaka. Lawatan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang sejarah dan pembangunan yang terdapat di Melaka. Berikut adalah tentatif program yang dijalankan selama sehari 

Tarikh
Masa
Tempat Yang Dilawati
5 Nov 2014
( Khamis)
7.00 pagi
Berkumpul di Parkir Kompleks Parit Raja
8.00 pagi
Mula bertolak ke Melaka
(berhenti dan bersarapan di R&R Yong Peng)
10.00 pagi
Tiba di Melaka
Lawatan ke Taman Mini Malaysia
11.30 pagi
Lawatan ke Planetarium Sains Melaka
1.00 petang
Makan Tengahari dan Solat Jamak Zohor Asar di Masjid Selat
2.00 petang
Lawatan Ke Muzium Kapal Selam
3.30 petang
Lawatan Ke Muzium Istana Melaka, Kota A’Farmosa
6.00 petang
Menyelusuri Sungai Melaka menaiki River Cruise Melaka
7.30 petang
Bertolak pulang ke Parit Raja
(berhenti solat jamak maghrib isyak di Plaza Tol Jasin)
11.30 malam
Tiba di Tanjong Semberong

























Diharap program ini dapat diteruskan pada tahun hadapan. Tapi nak ke mana pula ye? emmmm.... =) 

#THROWBACK 2015 - PROGRAM MINGGU PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2015

#THROWBACK

Pada 13 - 17 September 2015, Panitia Sivik dan Kewarganegaraan telah menganjurkan Minggu Panitia Sivik dan Kewarganegaraan. Tema untuk program ini adalah Hari Kebangsaan 2015. Sebanyak 4 aktiviti berbentuk pertandingan dijalankan sepanjang minggu tersebut melibatkan semua murid SK Tg Semberong.

Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Kumpul Barng Kitar Semula

Pertandingan Mewarna dimenangi oleh Mohd Firdaus manakala Pertandingan Kumpul Barang Kitar Semula yang dijalankan secara berkumpulan dimenangi oleh Kumpulan Sejiwa yang diketuai oleh Mohd Rafhan


Pertandingan Kuiz Merdeka

Pertandingan ini juga dijalankan secara berkumpulan. Ia dimenangi oleh Kumpulan Sehati yang diketuai oleh Ayu Waheeda


Pertandingan Sajak Merdeka
Pertandingan Sajak Merdeka dimenangi oleh Radin Abdul Matin yang dibimbing oleh Cikgu Ridzuan.


Tahniah dan Syabas kepada semua murid dan guru yang menjayakan program ini. 








# THROWBACK 2015 - HARI SUKAN NEGARA


#THROWBACK

Mulai tahun 2015 kerajaan telah mengisytihar bahawa setiap sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun adalah Hari Sukan Negara. Pelancarannya telah dijalankan diseluruh negara melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta serta NGO. SK Tg Semberong tidak ketinggalan menyahut seruan negara ini. 

Pada hari tersebut yang jatuh pada tarikh 10 Oktober 2015 telah diadakan aktiviti berbasikal melibatkan semua murid dan guru. Kayuhan hampir 5km itu merupakan simbolik kepada usaha pihak sekolah untuk membudayakan sukan dalam kehidupan warga sekolah.

#Sukan Untuk Negara
#Sukan Untuk Semua
# Sukan Untuk Kesihatan


#THROWBACK 2015 - PEKHEMAHAN MURID TAHAP 2 DI TELUK GOREK


#THROWBACK

Bilangan murid yang sangat kecil tidak memungkinkan pihak sekolah mengadakan program perkhemahan sendiri. Justeru itu, pada 1 hingga 3 Oktober 2015, murid-murid tahap 2 sekolah ini telah menumpang mengikuti program perkhemahan Sekolah Kebangsaan Sri Idaman di Teluk Gorek Mersing. Dua orang guru sekolah ini juga telah turut serta dalam perkhemahan tersebut iaitu Cikgu Mohd Rahmat dan Cikgu Ridzuan. 

Pihak sekolah bersyukur kerana telah menerima sumbangan yang diusahakan oleh Cikgu Ridzuan untuk menampung yuran perkhemahan sebanyak RM150 seorang. Terima kasih diucapakn kepada para penyumbang dan juga kepada Cikgu Ridzuan atas usaha murni ini.

Diharapakan murid-murid dapat menggunakan peluang ini untuk menambah ilmu dan kemahiran baru demi kemajuan diri sendiri. 




#THROWBACK 2015 - MAJLIS PENGHALALAN ILMU DAN DOA SELAMAT SEMPENA UPSR 2015


#THROWBACK

"Ilmu yang berkat itu, cahaya masa depan"

Satu majlis penghalalan ilmu dan doa selamat telah diadakan untuk calon-calon UPSR 2015 pada 6 September 2015. Ini merupakan antara usaha-usaha terakhir pihak sekolah dalam mempersiapkan mental mereka untuk menghadapi peperiksaan yang berbaki beberapa hari lagi. Di majlis ini juga, guru-guru telah menitipkan kata-kata semangat agar mereka lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan itu nanti.

Semoga Allah mempermudah perjuangan mereka.

#THROWBACK 2015 - 1000 LANGKAH MERDEKA!!!


#THROWBACK

Program 1000 Langkah Merdeka 2015 telah dijalankan pada 24 Ogos 2015. Program ini adalah anjuran unit kokurikulum sekolah yang melibatkan semua murid dan merupakan salah satu program sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2015.

 Semasa aktiviti ini dijalankan murid-murid dikehendaki membawa dan mengibarkan bendera Malaysia sepanjang perjalanan sambil menyanyikan lagu patriotik dan diselang selikan dengan penerangan tentang kemerdekaan yang disampakan oleh guru.

 Program ini bertujuan memupuk dan menerapkan nilai patriotik pada diri murid-murid di samping melakukan aktiviti yang sihat. 

#THROWBACK 2015 - MARHABAN RAYA


#THROWBACK

Ini merupakan antara program yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid..guru juga..hehe..

Alhamdulillah pada tahun 2015 sebanyak 8 buah rumah ibu bapa murid sudi menerima kunjungan marhaban raya sekolah. Program telah diadakan pada 9 Ogos 2015. Pihak sekolah amat berterima kasih di atas sambutan yang diberikan dan ini jelas menunjukkan ukhwah antara pihak sekolah dan ibu bapa murid sangat kuat. 

Dalam kalangan murid pula, ini merupakan aktiviti yang boleh memupuk budaya ziarah-menziarahi disamping dapat mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.

Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

# THROWBACK 2015 - PROGRAM BIJAK PRA ZON PINTAS PUDING 2015


# THROWBACK

Untuk tahun kedua SK Tg Semberong menjadi Pengerusi Program Karnival Pra Sekolah Zon Pintas Puding. Pada kali ini pertandingan Bijak Pra telah diadakan di sekolah ini pada 27 Julai 2015 untuk merasai sedikit kelainan berada di sekolah yang istimewa ini.. =)

Tahniah dan Syabas kepada semua pasukan yang bertanding serta ahlijawatankuasa yang etrlibat menjayakan program ini.

# THROWBACK 2015 - PROGRAM TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADHAN


# THROWBACK

Alhamdulillah buat sekian kalinya program tadarus Al-Quran di dalam bulan ramdhan dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi tahun 2015. Majlis khatam pula telah diadakan pada 9 Julai 2015. Tahniah ke atas semua guru dan murid yang telah menjayakannya. Semoga kita semua beroleh barakah di atas usaha murni ini.

#THROWBACK 2015 - MAJLIS SERAH TUGAS DAN HARI TERAKHIR GURU BESAR EN. MISMAN BERSAMA MURID SK Tg SEMBERONG


#THROWBACK

Majlis Serah Tugas Guru Besar En Misman Jamian berlangsung pada 28 Mei 2015 di Pusat Sumber sekolah. Majlis bersejarah ini disaksikan oleh En Harom selaku wakil PPD dan En Daud yang merupakan Pengerusi PIBG sekolah. Suasana hiba tatkala penyerahan dokumen serah tugas disampaikan oleh beliau kepada pemangku Guru Besar En Abdul Razak. Sekaligus dengan rasminya tamatlah perkhidmatan beliau sebagai guru dan penjawat awam selama lebih dari 30 tahun. 

Sejurus acara serah tugas, menyusul pula majlis beliau bersama murid-murid untuk kali terakhir. Sekali lagi susanan hiba tatkala beliau memberikan ucapan dan amanat terakhir kepada murid-murid. Aiman Mustakim selaku wakil murid turut memberi sedikit ucapan sebagai penghargaan dan tanda terima kasih di atas jasa dan bakti yang diberikan selama ini. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Satu jamuan khas juga telah diadakan oleh kakitangan sekolah di Restoran Mohamad Long Parit Raja pada 16 Jun 2015. 


Semoga En Misman kekal ceria dan sihat disamping keluarga dan tidak melupakan kami di sini

Pantun Khas Buat En Misman

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi

Baik bergalas baik tidak
Buli-bulu tali benang
Baik berbalas baik tidak
Asal budi sama dikenang

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima Kasih daun Keladi
Jasa tuan jadi kenangan

Akar keladi melilit selasih
Selasih ditanam di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

# THROWBACK 2015 - SELAMAT DATANG CIK JUZALINA BINTI SARJU


#THROWBACK

Selamat datang diucapkan kepada Cik Juzalina Binti Sarjo ke SK Tg Semberong. Beliau adalah Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah bertaraf jawatan tetap N17 bermula 11 Mei 2015 menggantikan Cik Ezzati yang telah tamat kontrak. Semoga beliau dapat segera menyesuaikan diri di sini dan dapat berkhidmat seikhlas dan sepenuh hati untuk murid-murid Sk Tg Semberong.
Selamat Maju Jaya diucapkan.

#THROWBACK 2015 - HARI SUKAN SEKOLAH 2015


#THROWBACK

Hari Sukan SK Tg Semberong 2015 telah berjaya dilaksanakan pada 17 Mei 2015. Tiada acara bertaraf olimpik mahupun bertaraf MSSC dipertandingkan atas sebab teknikal hehe..apapun kehadiran ibu bapa dan kaum keluarga yang ramai sangat menakjubkan. Menambah kemeriahan dan keceriaan program ini. Sikap 'sporting' yang ditunjukkan oleh ibu bapa dengan menyertai semua acara yang dipertandingkan sangat kami hargai.
Untuk pengetahuan semua program ini adalah program terakhir En Misman bersama pihak PIBG sebelum menamatkan perkhidmatannya sebagai penjawat awam. 


Program Hari Sukan Sk Tg Semberong 2015 telah dirasmikan oleh Tn Hj Samsuddin Bin Abd Rahman yang merupakan Ketua Kampung Sg Bioh.
En Misman mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan terakhir beliau kepada ibu bapa yang hadir. Majlis bertambah meriah dengan kesudian ibu bapa menyediakan kek hari guru dan jamuan pada hari tersebut. 
Pihak sekolah merakamkan jutaaan terima kasih kepada para penyumbang yang sudi menyumbang untuk kelangsungan Hari Sukan Sekolah ini.
Semoga kerjasama dan ukhwah yang terjalin terus utuh demi kebaikan semua.

Friday 8 January 2016

#THROWBACK 2015 - SAMBUTAN HARI GURU 2015


# THROWBACK

SELAMAT HARI GURU
"Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"


Sambutan Hari Guru 2015 peringkat SK Tanjong Semberong telah diadakan pada 17 Mei 2015. Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan hadiah kek daripada ADUN Sri Gading yang disampaikan oleh wakilnya. Sambutan diadakan ringkas tapi tetap meriah bagi memberi laluan yang lebih kepada aktiviti Sukaneka Tahunan yang turut diadakan pada hari yang sama.

acara tukar hadiah

Semoga guru-guru SKTgS terus komited dalam mebina ilmu yang bermanfaat kepada murid-murid serta meletakkan pembentukan akhlak sebagai keutamaan.

Tahniah dan Syabas!!!
Guru-Guru SK Tg Semberong 

#THROWBACK 2015 - TERIMA KASIH CIK NOR FARHANA ISMAIL


#THROWBACK 2015

Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada Cik Nor Farhana Binti Ismail di atas khidmat bakti dan budi sepanjang perkhidmatan di sekolah ini diantara Jun 2014 sehingga April 2015. Beliau akan meneruskan khidmatnya di SK Sri Bandan demi keperluan perkhidmatan. Walaupun seketika namun cukup banyak sumbangan yang diberikan untuk kami kenang dalam lipatan sejarah sekolah. Semoga beliau maju jaya di sekolah baharu.