Kata Aluan


Sekapur Sireh – Kata-kata aluan Guru Besar



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Salam Sejahtera dan Salam Muafakat Johor


            Alhamdullilah bersyukur kita ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya kita ditemukan lagi dengan sesi persekolahan bagi tahun 2016.  Dengan penuh harapan kita akan dapat melaksanakan amanah, tugas dan tanggungjawab bagi tahun 2016 dengan ikhlas dan iltizam demi memartabatkan kecemerlangan Agama, Bangsa dan Negara.

             Sejarah kecemerlangan SK Tanjong Semberong yang merangkul banyak anugerah sebelum ini khususnya dalam peperiksaan UPSR kategori Sekolah Kurang Murid telah memberi cabaran bagi tahun 2016 dengan format UPSR yang terkini. Namun kami percaya untuk mengekalkan sejarah itu seluruh warga SK Tanjong Semberong mesti bekerja kuat secara luar biasa dengan mengamalkan ciri dan kualiti Budaya Kerja Kelas Pertama. Kita hendaklah sentiasa berada di tahap cemerlang dan terbaik sebagaimana ciri-ciri itu sudah mula dapat dilihat pada masa ini dan hanya perlu melakukan penambaikan sahaja.

             Saya sangat yakin bahawa dedikasi, semangat kerja berpasukan, usaha yang bersungguh-sungguh serta komitmen yang tinggi di kalangan semua guru serta warga sekolah, kita mampu mengharungi persaingan yang mencabar kini.

             Era dan transformasi Pendidikan Alaf Ke-21 merupakan arus perubahan di mana guru dan murid memainkan peranan aktif dalam pengajaran dan pembelajaran. Peranan guru telah bertukar sebagai fasilitator yang aktif bagi mencungkil potensi yang ada dalam diri murid. Pengetahuan, kemahiran dan pengalaman guru diintegrasikan bagi membina satu pengajaran yang mantap serta menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan.

            Akhirkata, semoga visi dan misi sekolah dapat direalisasikan. Sesungguhnya segala sumbangan dan khidmat bakti semua guru SK Tanjong Semberong amatlah dihargai dan segala pengorbanan yang telah dicurahkan menjadi sanjungan dan kenangan sepanjang zaman.


EN. JALALLUDIN B. MOHAMED TAHA
Guru Besar
SK Tanjong Semberong



3 comments: