Thursday 9 June 2016

Selamat Menyambut Ramadhan 1437H


Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:
Adalah Rasulullah SAW memberi khabar gembira kepada para sahabatnya dengan bersabda, "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, bulan yang diberkahi. Allah mewajibkan kepadamu puasa didalamnya; pada bulan ini pintu-pintu Surga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan para setan diikat; juga terdapat pada bulan ini malam yang lebih baik daripada seribu bulan, barangsiapa tidak memperoleh kebaikannya maka dia tidak memperoleh apa-apa'." (HR. Ahmad dan An-Nasa'i).

Selamat menunaikan Ibadah Puasa di bulan Ramadhan kepada semua warga SK Tg Semberong. Mari kita memanfaatkan bulan yang penuh berkah ini agar kelak kita akan menjadi orang yang benar-benar mendapat kemenangan. Amin.

Cuti Pertengahan Tahun 2016


Selamat Bercuti kepada semua murid SK Tanjong Semberong.
Cuti pertengahan tahun 2016 bermula dari 27 Mei sehingga 11 Jun 2016.
Diharap semua murid dapat memanfaatkan cuti ini dengan aktiviti yang bermanfaat.
Jika ada 'ole-ole' daripada cikgu, jangan lupa siapka.. =)

Tuesday 7 June 2016

MESYUARAT PIBG KALI KE-30, CERAMAH MOTIVASI, MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK 2015

Pada 27 April 2016 telah diadakan 3 program serentak iaitu Mesyuarat PIBG Kali Ke-30, Ceramah Motivasi dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik 2015

Mesyuarat PIBG kali Ke-30

Pada Mesyuarat kali ini yang diadakan di Pusat Sumber Sekolah, ahli meyuarat telah sebulat suara melantik ahli jawatankuasa yang baru. Ahli jawatankuasa PIBG SK Tg Semberong bagi tahun 2016-2018 adalah seperti berikut:

Penasihat:
En Jalalludin BIn Mohamed Taha

Yang Dipertua:
En Daud Bin Anuar

Naib Yang Dipertua
Pn Sharifah Soza Bin Syed Sofi

Setiausaha:
En Mohd Ridzuan Bin Katman

Bendahari
Pn Norhidayah Binti Mohamad Noh

AJK Ibu Bapa/Penjaga
En Selamat Bin Muhin
Pn Zuharah Biinti Mohd Ali
Pn Zaidah Bin Suleiman
Pn Safiah Binti Abdullah

AJK Guru
En Jamaludin Bin Jasat
En Mohamad Shahril Bin Mislan
Pn Julidah Binti Taiban
Pn Zarina Binti Zohri
Pn Ainanni Fayzura Binti Hassan

Pemeriksa Kira-Kira
Pn Nordiana Liza Binti Hashim
Pn Juliana Binti Atan


Ceramah Motivasi Ibu Bapa dan Pelajar

Ceramah yang disampaikan oleh   telah diadakan sejurus selesai mesyuarat PIBG pada pukul 10.00 pagi. Ceramah ini sedikit sebanyak telah membantu ibu bapa untuk lebih bermotivasi dalam membimbing anak-anak meningkatkan usaha dalam pelajaran.  Murid-murid pula telah diberi motivasi supaya berusaha lebih gigih untuk meningkatkan prestasi pembelajaran mereka. 



Majlis Anugerah Pelajar Tahun 2015

Tahniah Kepada semua penerima Anugerah Pelajar bagi Tahun 2015.
Semoga semua terus maju demi masa depan yang lebih gemilang

Berikut pula adalah persembahan murid yang berlangsung semasa Majlis Augerah tersebut








Tuesday 10 May 2016

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

------------------------------------||---------------------------------------
 ------------------------------------||-------------------------------------

Ahli Jawatankuasa Pusat Sumebr Sekolah yang diketuai oleh Cikgu Ridzuan dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan Program Kem Membaca 1 Malaysia pada 5 - 7 April 2016 bertempat di Sk Tg Semberong. Semua murid dari tahun 2 hingga tahun 6 terlibat di dalam program ini. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah aktiviti membaca buku, kuiz bahasa, spell it right, deklamasi sajak, bercerita dan story telling. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk  murid-murid SKTgS kerana tanpa disedari ramai yang berbakat dalam aktiviti yang dijalankan. Mereka amat terhibur dan berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan setiap tahun.

SOLAT GERHANA MATAHARI


سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ

Pada 16 Mac 2016 telah berlaku gerhana matahari yang dapat dilihat di Malaysia dan negara-negara jiran terutamanya Indonesia. Apabila terjadinya gerhana matahari kita sebagai umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat gerhana matahari. Warga SKTgS tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menunaikan solat ini secara berjemaah yang diimamkan oleh Cikgu Hj Mohd Rahmat. Selain menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam, aktiviti ini juga dapat mendidik murid untuk mengerti hakikat sebenar kejadian gerhana matahari ini melaui khutbah yang disampaikan. 
Sejurus menunaikan solat sunat gerhana, warga sekolah tidak melepaskan peluang melihat sendiri perjalanan kejadian alam yang sungguh menakjubkan itu.





MAJLIS AKU JANJI MURID TAHUN 6 2016


Bersaksikan guru-guru dan ibu bapa, murid-murid tahun 6 telah melafazkan aku janji mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2016. Majlis ini telah diadakan pada 10 Mac 2016 sebagai salah satu motivasi kepada murid, ibu bapa dan guru-guru untuk bekerjasama dalam mencapai matlamat yang sama. Pada majlis ini juga ibu bapa dan guru-guru Tahun 6 sempat bersemuka membincangkan langkah-langkah yang perlu diantara dua pihak untuk meningkatkan prestasi anak-anak mereka.
Tahniah kepada semua yang terlibat...

Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber 2016


Tahniah kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah di atas perlantikan rasmi jawatan tersebut. Majlis ini diadakan pada 10 Mac 2016 dan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Jalalludin Bin Mohamed Taha.
Semoga dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan baik. 

Ketua Pengawas
Radin Abdul Matin

Penolong Ketua Pengawas
Siti Maisarah

Pengawas Sekolah
Muhammad Firdaus
Siti Zulaika Natasha
Radin Umar Muhtar
Muhammad Adam

Pengawas Pusat Sumber
Radin Umar Faruq
Nur Faiqah Dayana



Saturday 9 April 2016

TERIMA KASIH NESTLE MILO!!!!


6 MAC 2016
AHAD
9.30 PAGI

Syarikat Nestle melalui jenama produknya yang popular Milo telah datang ke sekolah kami buat sekian kalinya. Acara tahunan ini adalah sebagai langkah menggalakkan budaya minum susu dalam kalangan murid serta mempromosikan produk jenama Milo yang merupakan minuman susu bercoklat yang digemari oleh masyarakat Malaysia.  
Semua murid dan guru diberikan 2 cawan kecil air Milo yang sungguh menyegarkan. Dengan tagline Energy To Go Further, diharap mereka akan meneruskan program ini pada tahun-tahun akan datang.

Terima Kasih
Nestle Milo

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM NILAM DAN GALAKAN MEMBACA PERINGKAT SK TANJONG SEMBERONG TAHUN 2016


6 MAC 2016
AHAD
7.40 Pagi

Jawatankuasa Pusat Sumber sekolah yang diketuai oleh Cikgu Ridzuan telah berjaya menjalankan Majlis Pelancaran Program NILAM dan Galakan Membaca Peringkat Sekolah Tahun 2016. Majlis disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Jalalludin bin Mohamed Taha. Majlis ini diadakan sebagai tanda simbolik kepentingan membaca untuk semua warga sekolah. 
Dimanakah ilmu tanpa membaca..Apakah nilai sebuah masyarakat tanpa membaca..
Begitulah pentingnya amalan membaca yang perlu dibudayakan.
Ayuh..Jom Membaca!!!!

Saturday 5 March 2016

Kejohanan Balapan Dan Padang MSSC 2016

 Sesi Latihan

Hari Pertandingan

"Sekalung rantai tahniah untuk murid2 yg telah menyertai MSSC Zon Pintas Puding iaitu Natasha Firdaus Matin dan Faruq bagi tahun 2016.
Segunung Kinabalu tahniah buat natasha (t5) yang berjaya mendapat tempat ke 3 dalam acara lontar peluru p12.
Sebukit Perdana tahniah juga buat rakan2 guru yang telah memberi kerjasama di kejohanan MSSC Zon Pintas Puding pada kali ini."
Kecil2 cili padi
Tahun depan usaha lagi🎉

🎀
🎀🎀😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😊😄😄😄😄😄😄😄😁😁😁😁😁😁😉😉

Friday 15 January 2016

SELAMAT DATANG EN JALALLUDIN BIN MOHAMED TAHA


Selamat Datang kepada En Jalaluddin Bin Mohamed Taha, Guru Besar SK Tg Semberong. Tahniah juga di atas pelantikan jawatan Guru Besar. Beliau telah melapor diri ke sekolah ini pada hari pertama persekolahan iaitu 3 Januari 2016. Sebelum ini beliau merupakan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Seri Bulan Yong Peng Batu Pahat. 

Pihak sekolah dan seluruh warga sekolah mengalu-alukan kehadiran tuan. Diharap tuan dapat memimpin seluruh warga SK Tanjong Semberong ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2016

Assalammualaikum

Selamat Tahun Baru 2016

Selamat Kembali ke Sekolah

KEAZAMAN ditingkatkan, NIAT diperbetulkan, DOA dipanjatkan
Semoga tahun 2016 memberikan sinar yang lebih gemilang buat warga SK Tanjong Semberong
TERUS GAH!!!

#THROWBACK 2015 - JAMUAN AKHIR TAHUN


#THROWBACK

Program penutup tahun 2015. Jamuan akhir tahun. Meraikan semua yang telah bersama-sama menjayakan program dan tanggungjawab yang diamanahkan di sekolah sepanjang tahun 2015. Turut diraikan adalah murid tahun enam yang akan meninggalkan alam sekolah rendah untuk memasuki alam sekolah menengah. Selamat Maju Jaya diucapakan kepada Rafhan, Aiman dan Ayu. Diharapkan mereka dapat terus berusaha mengejar kejayaan untuk masa depan mereka yang lebih cerah.

#TerimaKasihSemua
#TahniahSyabas
#JumpaTahun2016

#THROWBACK 2015 - PENYERAHAN KEPUTUSAN UPSR 2015


#THROWBACK

Ini merupakan perkara yang paling dinanti-nantikan oleh semua warga sekolah dan juga ibu bapa.
KEPUTUSAN UPSR 2015

Setelah segalanya diusahakan berikut adalah keputusan UPSR 2015 yang diterima pada 17 November 2015 di Dewan Bai'ah SK Tanjong Semberong.

Radin Ayu Waheeda
4A 1B
Bahasa Melayu Pemahaman - A
Bahasa Melayu Penulisan - A
Bahasa Inggeris - B
Matematik - A
Sains - A

Mohd Rafhan
2A 3B
Bahasa Melayu Pemahaman - B
Bahasa Melayu Penulisan - B
Bahasa Inggeris - B
Matematik - A
Sains - A

Muhamad Aiman Mustakim
1A 2B 1C 1D
Bahasa Melayu Pemahaman - B
Bahasa Melayu Penulisan - C
Bahasa Inggeris - D
Matematik - A
Sains - B

Gred Purata Sekolah (GPS) - 1.80
Peratus Kelulusan - 66.667%

Walaupun gagal mencatatkan kelulusan 100% namun terdapat peningkatan dalam beberapa matapelajaran. Tahniah dan Syabas kepada semua calon, ibu bapa serta guru-guru yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun untuk mempersiapkan mereka menghadapi peperiksaan ini.


#THROWBACK 2015 - LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA


#THROWBACK

Setelah beberapa tahun tertangguh akhirnya pada 5 Novemeber 2015 pihak sekolah telah berjaya mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Melaka. Lawatan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang sejarah dan pembangunan yang terdapat di Melaka. Berikut adalah tentatif program yang dijalankan selama sehari 

Tarikh
Masa
Tempat Yang Dilawati
5 Nov 2014
( Khamis)
7.00 pagi
Berkumpul di Parkir Kompleks Parit Raja
8.00 pagi
Mula bertolak ke Melaka
(berhenti dan bersarapan di R&R Yong Peng)
10.00 pagi
Tiba di Melaka
Lawatan ke Taman Mini Malaysia
11.30 pagi
Lawatan ke Planetarium Sains Melaka
1.00 petang
Makan Tengahari dan Solat Jamak Zohor Asar di Masjid Selat
2.00 petang
Lawatan Ke Muzium Kapal Selam
3.30 petang
Lawatan Ke Muzium Istana Melaka, Kota A’Farmosa
6.00 petang
Menyelusuri Sungai Melaka menaiki River Cruise Melaka
7.30 petang
Bertolak pulang ke Parit Raja
(berhenti solat jamak maghrib isyak di Plaza Tol Jasin)
11.30 malam
Tiba di Tanjong Semberong

























Diharap program ini dapat diteruskan pada tahun hadapan. Tapi nak ke mana pula ye? emmmm.... =) 

#THROWBACK 2015 - PROGRAM MINGGU PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2015

#THROWBACK

Pada 13 - 17 September 2015, Panitia Sivik dan Kewarganegaraan telah menganjurkan Minggu Panitia Sivik dan Kewarganegaraan. Tema untuk program ini adalah Hari Kebangsaan 2015. Sebanyak 4 aktiviti berbentuk pertandingan dijalankan sepanjang minggu tersebut melibatkan semua murid SK Tg Semberong.

Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Kumpul Barng Kitar Semula

Pertandingan Mewarna dimenangi oleh Mohd Firdaus manakala Pertandingan Kumpul Barang Kitar Semula yang dijalankan secara berkumpulan dimenangi oleh Kumpulan Sejiwa yang diketuai oleh Mohd Rafhan


Pertandingan Kuiz Merdeka

Pertandingan ini juga dijalankan secara berkumpulan. Ia dimenangi oleh Kumpulan Sehati yang diketuai oleh Ayu Waheeda


Pertandingan Sajak Merdeka
Pertandingan Sajak Merdeka dimenangi oleh Radin Abdul Matin yang dibimbing oleh Cikgu Ridzuan.


Tahniah dan Syabas kepada semua murid dan guru yang menjayakan program ini. 








# THROWBACK 2015 - HARI SUKAN NEGARA


#THROWBACK

Mulai tahun 2015 kerajaan telah mengisytihar bahawa setiap sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun adalah Hari Sukan Negara. Pelancarannya telah dijalankan diseluruh negara melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta serta NGO. SK Tg Semberong tidak ketinggalan menyahut seruan negara ini. 

Pada hari tersebut yang jatuh pada tarikh 10 Oktober 2015 telah diadakan aktiviti berbasikal melibatkan semua murid dan guru. Kayuhan hampir 5km itu merupakan simbolik kepada usaha pihak sekolah untuk membudayakan sukan dalam kehidupan warga sekolah.

#Sukan Untuk Negara
#Sukan Untuk Semua
# Sukan Untuk Kesihatan


#THROWBACK 2015 - PEKHEMAHAN MURID TAHAP 2 DI TELUK GOREK


#THROWBACK

Bilangan murid yang sangat kecil tidak memungkinkan pihak sekolah mengadakan program perkhemahan sendiri. Justeru itu, pada 1 hingga 3 Oktober 2015, murid-murid tahap 2 sekolah ini telah menumpang mengikuti program perkhemahan Sekolah Kebangsaan Sri Idaman di Teluk Gorek Mersing. Dua orang guru sekolah ini juga telah turut serta dalam perkhemahan tersebut iaitu Cikgu Mohd Rahmat dan Cikgu Ridzuan. 

Pihak sekolah bersyukur kerana telah menerima sumbangan yang diusahakan oleh Cikgu Ridzuan untuk menampung yuran perkhemahan sebanyak RM150 seorang. Terima kasih diucapakn kepada para penyumbang dan juga kepada Cikgu Ridzuan atas usaha murni ini.

Diharapakan murid-murid dapat menggunakan peluang ini untuk menambah ilmu dan kemahiran baru demi kemajuan diri sendiri. 




#THROWBACK 2015 - MAJLIS PENGHALALAN ILMU DAN DOA SELAMAT SEMPENA UPSR 2015


#THROWBACK

"Ilmu yang berkat itu, cahaya masa depan"

Satu majlis penghalalan ilmu dan doa selamat telah diadakan untuk calon-calon UPSR 2015 pada 6 September 2015. Ini merupakan antara usaha-usaha terakhir pihak sekolah dalam mempersiapkan mental mereka untuk menghadapi peperiksaan yang berbaki beberapa hari lagi. Di majlis ini juga, guru-guru telah menitipkan kata-kata semangat agar mereka lebih bersemangat untuk menghadapi peperiksaan itu nanti.

Semoga Allah mempermudah perjuangan mereka.

#THROWBACK 2015 - 1000 LANGKAH MERDEKA!!!


#THROWBACK

Program 1000 Langkah Merdeka 2015 telah dijalankan pada 24 Ogos 2015. Program ini adalah anjuran unit kokurikulum sekolah yang melibatkan semua murid dan merupakan salah satu program sempena Sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2015.

 Semasa aktiviti ini dijalankan murid-murid dikehendaki membawa dan mengibarkan bendera Malaysia sepanjang perjalanan sambil menyanyikan lagu patriotik dan diselang selikan dengan penerangan tentang kemerdekaan yang disampakan oleh guru.

 Program ini bertujuan memupuk dan menerapkan nilai patriotik pada diri murid-murid di samping melakukan aktiviti yang sihat. 

#THROWBACK 2015 - MARHABAN RAYA


#THROWBACK

Ini merupakan antara program yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid..guru juga..hehe..

Alhamdulillah pada tahun 2015 sebanyak 8 buah rumah ibu bapa murid sudi menerima kunjungan marhaban raya sekolah. Program telah diadakan pada 9 Ogos 2015. Pihak sekolah amat berterima kasih di atas sambutan yang diberikan dan ini jelas menunjukkan ukhwah antara pihak sekolah dan ibu bapa murid sangat kuat. 

Dalam kalangan murid pula, ini merupakan aktiviti yang boleh memupuk budaya ziarah-menziarahi disamping dapat mengeratkan silaturrahim sesama keluarga.

Semoga aktiviti ini dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

# THROWBACK 2015 - PROGRAM BIJAK PRA ZON PINTAS PUDING 2015


# THROWBACK

Untuk tahun kedua SK Tg Semberong menjadi Pengerusi Program Karnival Pra Sekolah Zon Pintas Puding. Pada kali ini pertandingan Bijak Pra telah diadakan di sekolah ini pada 27 Julai 2015 untuk merasai sedikit kelainan berada di sekolah yang istimewa ini.. =)

Tahniah dan Syabas kepada semua pasukan yang bertanding serta ahlijawatankuasa yang etrlibat menjayakan program ini.

# THROWBACK 2015 - PROGRAM TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADHAN


# THROWBACK

Alhamdulillah buat sekian kalinya program tadarus Al-Quran di dalam bulan ramdhan dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi tahun 2015. Majlis khatam pula telah diadakan pada 9 Julai 2015. Tahniah ke atas semua guru dan murid yang telah menjayakannya. Semoga kita semua beroleh barakah di atas usaha murni ini.

#THROWBACK 2015 - MAJLIS SERAH TUGAS DAN HARI TERAKHIR GURU BESAR EN. MISMAN BERSAMA MURID SK Tg SEMBERONG


#THROWBACK

Majlis Serah Tugas Guru Besar En Misman Jamian berlangsung pada 28 Mei 2015 di Pusat Sumber sekolah. Majlis bersejarah ini disaksikan oleh En Harom selaku wakil PPD dan En Daud yang merupakan Pengerusi PIBG sekolah. Suasana hiba tatkala penyerahan dokumen serah tugas disampaikan oleh beliau kepada pemangku Guru Besar En Abdul Razak. Sekaligus dengan rasminya tamatlah perkhidmatan beliau sebagai guru dan penjawat awam selama lebih dari 30 tahun. 

Sejurus acara serah tugas, menyusul pula majlis beliau bersama murid-murid untuk kali terakhir. Sekali lagi susanan hiba tatkala beliau memberikan ucapan dan amanat terakhir kepada murid-murid. Aiman Mustakim selaku wakil murid turut memberi sedikit ucapan sebagai penghargaan dan tanda terima kasih di atas jasa dan bakti yang diberikan selama ini. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Satu jamuan khas juga telah diadakan oleh kakitangan sekolah di Restoran Mohamad Long Parit Raja pada 16 Jun 2015. 


Semoga En Misman kekal ceria dan sihat disamping keluarga dan tidak melupakan kami di sini

Pantun Khas Buat En Misman

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi

Baik bergalas baik tidak
Buli-bulu tali benang
Baik berbalas baik tidak
Asal budi sama dikenang

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima Kasih daun Keladi
Jasa tuan jadi kenangan

Akar keladi melilit selasih
Selasih ditanam di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman