Friday, 14 March 2014

Big Book LINUS

Dunia pendidikan kini yang lebih mencabar menuntut guru menjadi lebih kreatif. Justeru penghasilan Big Book LINUS ini diharapkan dapat membantu pelajar menguasai Literasi dan Numerasi dengan lebih mudah. Syabas dan Tahniah kepada guru-guru yang terlibat dalam penghasilan inovasi ini. Untuk mengetahui isi kandungan Big Book LINUS ini sila di lihat di bahagian Inovasi Sekolah.

Thursday, 13 March 2014

Sambutan Hari Lahir v1.0 2014

Selamat Hari Lahir!!
Sanah Helwah!!
Happy Birthday!!
diucapkan kepada warga SK Tanjong Semberong yang menyambut hari lahir pada bulan Januari hingga Mac.
PN. ROHANA BINTI MD RUBANI (11 Jan)
CIKGU ROHANA BINTI MD RUBANI (19 Jan)
 CIKGU JULIANA BINTI ATAN  (28 Jan)
CIKGU SITI JULIDAH BINTI TAIBAN (12 Feb)
ADIK NUR HIDAYAH BINTI BORHANODIN (18 Feb)
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DAUD (1 Mac)
Semoga Allah merahmati usia kalian dan beroleh kejayaan didunia dan akhirat..aminn..

Saturday, 1 March 2014

Program Minggu Anti Dadah

Bertemakan "Gaya Hidup Sihat Amalan Kita", Program Minggu Anti Dadah telah dijalankan bermula 23 Februari 2014 hingga 27 Februari 2014. Program yang dijalankan untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah dalam kehidupan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu anti dadah ini adalah majlis pelancaran program dimana ikrar Antidadah dilafazkan oleh warga SK Tg Semberong dengan diketuai oleh Ketua Pengawas manakala teks perutusan Minggu Antidadah daripada pihak JPN Johor telah dibacakan oleh Pn Rosminah Bt Daini, GPK Hal Ehwal Murid SK Tg Semberong. Selain itu, aktiviti bicara 5 minit Antidadah dijalankan pada 7.20pagi - 7.25pagi sepanjang minggu tersebut manakala pertandingan mewarna dan melukis poster Antidadah pula dijalankan pada 25 Februari 2014. Sudut Antidadah juga sedang dibina melibatkan kerjasama guru dan murid. Semoga aktiviti yang dijalankan dapat memberi maklumat yang tepat kepada warga sekolah tentang bahaya penyalahgunaan dadah dalam kehidupan sekaligus melahirkan generasi masyarakat BENCI DADAH!!!

Tuesday, 18 February 2014

Persiapan ke Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSC Zon Pintas Puding 2014

Status SKM (Sekolah Kurang Murid) tidak menjadi penghalang kepada SK Tanjong Semberong untuk menghantar wakil ke Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSC Zon Pintas Puding 2014 yang akan diakan pada 25 Februari 2014 di SK Parit Raja. 4 atlet telah didaftarkan untuk menyertai 3 acara iaitu 100m perempuan bawah 10 tahun dan 12 tahun serta lompat jauh lelaki dan perempuan bawah 12 tahun. Latihan intensif telah bermula dan warga sekolah berharap mereka dapat komited dalam latihan sekaligus mendoakan mereka memenangi pingat di dalam kejohanan itu nanti. Ayuh SKTgS Terus Gah!!

Monday, 17 February 2014

Ujian Diagnostik Tahun 6

Bermula hari ini (Isnin; 17 Februari 2014) hingga Rabu berlansung Ujian Diagnostik untuk murid tahun 6 yang akan mengambil peperiksaan UPSR 2014. Ujian ini adalah langkah awal untuk mengenal pasti kelebihan dan kelemahan murid dalam setiap mata pelajaran. Diharapkan pelajar yang terlibat dapat menjawab soalan dengan tenang dan cemerlang. Semoga Berjaya!!!

Sunday, 16 February 2014

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2014


Pengawas Sekolah merupakan antara nadi uama dalam memastikan kelangsungan sesebuah sekolah. Manakala Pengawas Pusat Sumber Sekolah merupakan ejen pembudayaan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah. Di sebabkan peranan yang penting inilah pada tahun 2014 pihak sekolah telah melantik 5 orang pengawas sekolah dan 4 orang pengawas pusat sumber. Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber 2014 telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK TG Semberong, En Sai’ad Bin Hj Salleh pada 15 Februari 2014.
Berikut adalah senarai Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2014:

Ketua Pengawas : Nur Hidayah Binti Borhanodin
Penolong Ketua Pengawas 1 : Raden Elma Theana Binti Raden Hisyamudin
Penolong Ketua Pengaws 2 : Denis Hakim Bin Mohd Sai’ad
Setiausaha : Mohamad Rafhan Bin Manzali
Bendahari : Raden Abdul Matin Bin Raden Hisyamudin

Ketua Pengawas Pusat Sumber : Raden Ayu Waheeda Binti Mohd Zin
Penolong ketua Pengawas Pusta Sumber : Mohd Syazwan Bin Jamaludin
Setiausaha : Muhammd Aiman Mustaqim Bin Ishak

Tahniah! kepada semua yang dilantik. Semoga dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan dengan ikhlas dan cemerlang.

Sambutan Maulidurrasul 1435H Peringkat SK Tg Semberong

Dari Anas r.a katanya Nabi s.a.w pernah bersabda
“Tidak sempurna  iman seseorang kamu sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibu bapanya, anaknya dan manusia umumnya”
Sehubungan itu, Warga SK Tg Semberong tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan dan memperingati hari kelahiran Nabi Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w dalam Sambutan Maulidurrasul 1435H peringkat SK Tg Semberong. Sambutan anjuran bersama Sekolah Agama Tg Semberong ini telah dihadiri oleh YDP PIBG SK Tg Semberong merangkap Pengerusi Kebajikan Sekolah Agama Tg Semberong dan ibu bapa murid-murid kedua-keduan buah sekolah. Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Md Isa Bin Man, Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral IPG Kampus Tun Hussein Onn sebagai penceramah undangan. Sambutan ini juga diserikan dengan persembahan nasyid dari murid-murid kedua-dua buah sekolah. Diharap sambutan ini dapat diteruskan saban tahun agar manifestasi kecintaan kepada Nabi s.a.w dapat terus disuburkan dalam jiwa warga SK Tg semberong.