Saturday, 28 June 2014

Selamat Datang Ustazah Nor Farhana Binti Ismail


Warga SK Tanjong Semberong mengalu-alukan kehadiran guru baru iaitu Ustazah Nor Farhana Binti Ismail. Beliau merupakan guru opsyen JQAF yang akan  memulakan khidmatnya di sekolah ini pada 21 Jun 2014.
Diharap Ustazah Nor Farhana gembira dan selasa menabur bakti di sekolah ini.

Tuesday, 27 May 2014

Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2014




Cuti Pertengahan Tahun 2014 telah bermula. Selamat bercuti kepada semua murid-murid. Diharapkan kerja sekolah yang diberikan dapat disiapkan dan ulangkaji pelajaran 
tidak dilupakan.
Jaga keselamatan dan kesihatan ketika cuti. Penuhi masa dengan perkara berfaedah...

Selamat Bercuti


Sambutan Hari Guru 2014


Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik di Malaysia amnya 
dan para guru di SK Tg Semberong khasnya. 

InsyaAllah entry kali ini sedikit panjang daripada entry yang lain bagi memastikan para pembaca dapat turut sama merasai kemeriahan sambutan hari guru yang disambut di sekolah ini.

Seawal pagi sudah terpancar kecerian pada wajah guru-guru SK Tanjong Semberong untuk menyambut hari yang amat dinanti-nantikan...



Majlis sambutan dimulakan dengan perhimpunan rasmi mingguan dan perhimpunan khas sempena Hari Guru 2014. En Misman Jamian selaku Guru Besar sekolah di dalam ucapannya berharap guru-guru terus berusaha dengan pelbagai cara termasuklah meningkatkan tahap kreativiti dan inovasi dalam pengajaran agar objektif pembelajaran dapat disampaikan dengan lebih berkesan. 


Perutusan KPPM telah dibacakan oleh Cikgu Jamal manakala bacaan ikrar guru di ketuai oleh Cikgu Razak.



Acara seterusnya ini sangat dinantikan oleh murid-murid. Hanya setahun sekali iaitu pada hari ini murid-murid akan mendengar kelunakan dan kemersikan suara guru-guru mereka..=) 
Guru-guru telah menyumbangkan 2 buah lagu iaitu lagu Kami Guru Malaysia dan Warisan.


Seusai nyanyian acara memotong kek pula berlangsung. Tuan Guru Besar En Misman Jamian telah mengetuai acara memotong Kek Cokelat Indulgance yang rasanya sangat sedap...Tanpa buang masa semua warga SKTgS menikmati kek yang sangat sedap itu...

Kek tersebut menjadi alas perut kepada semua guru dan murid sebelum ke acara seterusnya iaitu pertandingan bola tampar special..hehe...
Kenapa special? 2 sebab..pertama sebab bolanya sangat lembut untk ditampar =) kedua sebab guru dan murid berada dalam setiap pasukan.


Main sampai semputttt.....haha...ramai yang minta nyawa sebab main 3 set tuuu....akhirnya perlawanan dimenangi oleh pasukan Guru Besar...emmm bagi chance je tu....hehe...
Tahniah Pasukan Guru Besar..


Cikgu Harliyana dikecualikan tahun ini sebab...........hehehe...
Maisarah temankan cikgu Harliyana......

Penat bermain jamuan sudah tersedia...guru dan murid menikmati jamuan yang tersedia...



Selesai jamuan...sambutan diteruskan dengan indoor game..ada 2 games yang dipertandingkan iaitu pertandingan lukis dan teka dan pertandingan jawab soalan dengan soalan (ala-ala game Riuh Pagi ERA)
Banyak aksi yang mencuit hati..dan untuk game ini team admin memang tak bagi peluang la..kami menang dengan keputusan yang besar hehe...maaf ye team Guru Besar... =)



Tak lengkap sambutan hari guru tanpa persembahan dari murid..Terima Kasih murid-murid SKTgS atas persembahan yang menghiburkan...lagu Terima Kasih Cikgu Upin Ipin...



Sambutan hari guru 2014 ditutup dengan acara penyampaian hadiah...seperti biasa acara bertukar2 hadiah di antara guru...ehem...admin menang hadiah kedua besar hehe...Grand Prize dimenangi oleh cikgu Rahmat...


Kemudian disampaikan pula hadiah pertandingan..keadilan yang tidak dirancang..Team Guru Besar menang hadiah Pertandingan Bola Tampar


manakala Team GPK 1 yang merupakan team admin menang Pertandingan Indoor Games.


Alhamdulillah sambutan Hari Guru 2014 peringkat SK Tg Semberong dapat dijalankan dengan lancar dan meriah. Semoga SK Tg Semberong Terus Gah!!!!

*****Aksi Belakang Tabir*****



~SELAMAT HARI GURU~

Saturday, 17 May 2014

Program Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan (3K)


Program
Keselamatan, Kebersihan dan Keceriaan
3K
(Sabtu, 10 Mei 2014)

Satu lagi inisiatif pihak sekolah untuk memastikan sekolah ceria sekaligus menarik minat murid untuk ke sekolah. Selain memberi pendedahan kepada murid cara menanam pokok, program ini juga telah mengeratkan silaturrahim antara warga sekolah. 

Antara aksi-aksi menarik sepanjang program berlangsung: =)






Sekian...... ~~~~~

Thursday, 15 May 2014

Kem Bestari Solat (KBS) Siri 1 Tahun 2014


~JOM SOLAT~

Kem Bestari Solat (KBS) Siri 1 Tahun 2014 yang diadakan pada 10 Mei 2014 bukan sekadar memenuhi kalendar aktiviti persekolahan namun mengharapkan murid-murid mendapat ilmu dan kefahaman yang sebenar tentang kepentingan solat dalam kehidupan. Tahniah kepada Panitia Agama Islam kerana telah berjaya menjalankan aktiviti yang sangat bermanfaat ini. Semoga murid-murid SK Tg Semberong menjadi insan yang sentiasa menjadikan solat sebagai senjata hidup mereka dalam meraih redha Ilahi.

~Amin~

Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014


GOOD LUCK!!

 Peperiksaan Pertengahan Tahun 2014 telah berlanglung pada 6 - 8 Februari 2014. Buat julung kali juga, pada tahun ini, kohort KSSR iaitu tahun 2, 3 dan 4  mengambil Peperiksaan Pertengahan Tahun. 
Warga SK Tg Semberong mendoakan peperiksaan berjalan dengan lancar dan murid-murid dapat menjawab semua soalan dengan betul sekaligus mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap mata pelajaran.

SEMOGA BERJAYA!!

Saturday, 12 April 2014

Merentas Desa dan Mini Perkhemahan Unit Beruniform

Hari yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid SK Tanjong Semberong akhirnya tiba. Mereka begitu teruja untuk menyertai Pertandingan Merentas Desa peringkat sekolah dan Program Mini Perkhemahan SK Tg Semberong Tahun 2014. Pertandingan Merentas Desa dimulakan pada pukul 8.30 pagi dan dilepaskan oleh En Misman Bin Jamian Guru Besar SK Tg Semberong. Sebelum itu, murid-murid diminta melakukan aktiviti regangan otot selama 15 minit bagi mengelakkan kecederaan ketika pertandingan. Semua murid berjaya menghabiskan larian sejauh 1.2 km untuk tahap 1 dan 2.4 km untuk tahap 2. Semoga objektif program iaitu untuk membudayakan amalan gaya hidup sihat dan semangat kesukanan dapat diterapkan dalam diri setiap murid-murid. Pada hari yang sama juga telah diadakan Program Mini Perkhemahan SK Tg Semberong. Program ini memberi peluang kepada murid merasai pengalaman membina khemah dan gajet perkhemahan secara berkumpulan. Murid kelihatan seronok sepanjang kedua-dua aktiviti ini berlangsung dan diharapkan ia dapat dteruskan pada tahun hadapan. Syabas kepada warga SK Tg Semberong!!!

#UPDATE!!!!!



Majlis Penyampaian Hadiah..
Tahniah kepada yang berjaya!! Kepada yang kalah jangan mengalah =) kita cuba lagi tahun hadapan..
Terima Kasih kepada Guru Besar En Misman Bin Jamian dan semua warga SKTgS atas kerjasama yang diberikan...