Friday, 15 January 2016

# THROWBACK 2015 - SELAMAT DATANG CIK JUZALINA BINTI SARJU


#THROWBACK

Selamat datang diucapkan kepada Cik Juzalina Binti Sarjo ke SK Tg Semberong. Beliau adalah Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah bertaraf jawatan tetap N17 bermula 11 Mei 2015 menggantikan Cik Ezzati yang telah tamat kontrak. Semoga beliau dapat segera menyesuaikan diri di sini dan dapat berkhidmat seikhlas dan sepenuh hati untuk murid-murid Sk Tg Semberong.
Selamat Maju Jaya diucapkan.

#THROWBACK 2015 - HARI SUKAN SEKOLAH 2015


#THROWBACK

Hari Sukan SK Tg Semberong 2015 telah berjaya dilaksanakan pada 17 Mei 2015. Tiada acara bertaraf olimpik mahupun bertaraf MSSC dipertandingkan atas sebab teknikal hehe..apapun kehadiran ibu bapa dan kaum keluarga yang ramai sangat menakjubkan. Menambah kemeriahan dan keceriaan program ini. Sikap 'sporting' yang ditunjukkan oleh ibu bapa dengan menyertai semua acara yang dipertandingkan sangat kami hargai.
Untuk pengetahuan semua program ini adalah program terakhir En Misman bersama pihak PIBG sebelum menamatkan perkhidmatannya sebagai penjawat awam. 


Program Hari Sukan Sk Tg Semberong 2015 telah dirasmikan oleh Tn Hj Samsuddin Bin Abd Rahman yang merupakan Ketua Kampung Sg Bioh.
En Misman mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan terakhir beliau kepada ibu bapa yang hadir. Majlis bertambah meriah dengan kesudian ibu bapa menyediakan kek hari guru dan jamuan pada hari tersebut. 
Pihak sekolah merakamkan jutaaan terima kasih kepada para penyumbang yang sudi menyumbang untuk kelangsungan Hari Sukan Sekolah ini.
Semoga kerjasama dan ukhwah yang terjalin terus utuh demi kebaikan semua.

Friday, 8 January 2016

#THROWBACK 2015 - SAMBUTAN HARI GURU 2015


# THROWBACK

SELAMAT HARI GURU
"Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"


Sambutan Hari Guru 2015 peringkat SK Tanjong Semberong telah diadakan pada 17 Mei 2015. Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan hadiah kek daripada ADUN Sri Gading yang disampaikan oleh wakilnya. Sambutan diadakan ringkas tapi tetap meriah bagi memberi laluan yang lebih kepada aktiviti Sukaneka Tahunan yang turut diadakan pada hari yang sama.

acara tukar hadiah

Semoga guru-guru SKTgS terus komited dalam mebina ilmu yang bermanfaat kepada murid-murid serta meletakkan pembentukan akhlak sebagai keutamaan.

Tahniah dan Syabas!!!
Guru-Guru SK Tg Semberong 

#THROWBACK 2015 - TERIMA KASIH CIK NOR FARHANA ISMAIL


#THROWBACK 2015

Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada Cik Nor Farhana Binti Ismail di atas khidmat bakti dan budi sepanjang perkhidmatan di sekolah ini diantara Jun 2014 sehingga April 2015. Beliau akan meneruskan khidmatnya di SK Sri Bandan demi keperluan perkhidmatan. Walaupun seketika namun cukup banyak sumbangan yang diberikan untuk kami kenang dalam lipatan sejarah sekolah. Semoga beliau maju jaya di sekolah baharu.


Saturday, 25 April 2015

Merentas Desa 2015


Unit kokurikulum yang diketuai oleh GPK Kokurikulum Tn Hj Mohd Rahmat telah berjaya melaksanakan aktiviti merentas desa bagi tahun 2015. Ini merupakan aktiviti wajib yang dijalankan saban tahun dan murid-murid sentiasa menantikannya.

Pada tahun ini aktiviti ini diceriakan lagi dengan acara senamrobik yang dipimpin oleh Tn Hj Rahmat sendiri. Nampaknya bukan murid sahaja yang beraksi dengan 'comel' tapi gurunya tumpang semangkuk juga hehehe...

Tahniah semua yang menjayakan aktiviti ini dengan jayanya...

Hari Terbuka dan Mesyuarat PIBG 2015

Hari Terbuka v1.0


Tahniah kepada semua ibu bapa penjaga murid yang hadir dalam majlis ini. Komitmen tuan/puan terhadap pelajaran anak-anak tuan/puan akan menaikkan lagi semangat kami guru-guru untuk mencurahkan ilmu kepada mereka. 


Mesyuarat PIBG 2015


Ini merupakan mesyuarat PIBG yang terakhir buat Tuan Guru Besar En Misman Jamian yang akan bersara pada bulan Jun ini. =(

En. Daud telah dilantik untuk mengisi kekosongan Pengerusi PIBG sekolah ini. 
InshaAllah segala apa yang dibincang dan diputuskan akan dilaksanakan sebaiknya..

Ibu Bapa dan Guru Sepakat..
Moga anak-anak mendapat Berkat...

Aura JDT


Memperkenalkan pakaian sukan terkini untuk murid SK Tg Semberong...
Mengambil aura pasukan bola sepak JDT...
Moga memberi semangat kepada mereka untuk sentiasa aktif bersukan demi kesihatan..

Luaskan Kuasamu......
=)