Friday, 15 January 2016

# THROWBACK 2015 - PROGRAM BIJAK PRA ZON PINTAS PUDING 2015


# THROWBACK

Untuk tahun kedua SK Tg Semberong menjadi Pengerusi Program Karnival Pra Sekolah Zon Pintas Puding. Pada kali ini pertandingan Bijak Pra telah diadakan di sekolah ini pada 27 Julai 2015 untuk merasai sedikit kelainan berada di sekolah yang istimewa ini.. =)

Tahniah dan Syabas kepada semua pasukan yang bertanding serta ahlijawatankuasa yang etrlibat menjayakan program ini.

# THROWBACK 2015 - PROGRAM TADARUS AL-QURAN BULAN RAMADHAN


# THROWBACK

Alhamdulillah buat sekian kalinya program tadarus Al-Quran di dalam bulan ramdhan dapat dilaksanakan dengan jayanya bagi tahun 2015. Majlis khatam pula telah diadakan pada 9 Julai 2015. Tahniah ke atas semua guru dan murid yang telah menjayakannya. Semoga kita semua beroleh barakah di atas usaha murni ini.

#THROWBACK 2015 - MAJLIS SERAH TUGAS DAN HARI TERAKHIR GURU BESAR EN. MISMAN BERSAMA MURID SK Tg SEMBERONG


#THROWBACK

Majlis Serah Tugas Guru Besar En Misman Jamian berlangsung pada 28 Mei 2015 di Pusat Sumber sekolah. Majlis bersejarah ini disaksikan oleh En Harom selaku wakil PPD dan En Daud yang merupakan Pengerusi PIBG sekolah. Suasana hiba tatkala penyerahan dokumen serah tugas disampaikan oleh beliau kepada pemangku Guru Besar En Abdul Razak. Sekaligus dengan rasminya tamatlah perkhidmatan beliau sebagai guru dan penjawat awam selama lebih dari 30 tahun. 

Sejurus acara serah tugas, menyusul pula majlis beliau bersama murid-murid untuk kali terakhir. Sekali lagi susanan hiba tatkala beliau memberikan ucapan dan amanat terakhir kepada murid-murid. Aiman Mustakim selaku wakil murid turut memberi sedikit ucapan sebagai penghargaan dan tanda terima kasih di atas jasa dan bakti yang diberikan selama ini. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Satu jamuan khas juga telah diadakan oleh kakitangan sekolah di Restoran Mohamad Long Parit Raja pada 16 Jun 2015. 


Semoga En Misman kekal ceria dan sihat disamping keluarga dan tidak melupakan kami di sini

Pantun Khas Buat En Misman

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi

Baik bergalas baik tidak
Buli-bulu tali benang
Baik berbalas baik tidak
Asal budi sama dikenang

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima Kasih daun Keladi
Jasa tuan jadi kenangan

Akar keladi melilit selasih
Selasih ditanam di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

# THROWBACK 2015 - SELAMAT DATANG CIK JUZALINA BINTI SARJU


#THROWBACK

Selamat datang diucapkan kepada Cik Juzalina Binti Sarjo ke SK Tg Semberong. Beliau adalah Pembantu Pengurusan Murid Pra Sekolah bertaraf jawatan tetap N17 bermula 11 Mei 2015 menggantikan Cik Ezzati yang telah tamat kontrak. Semoga beliau dapat segera menyesuaikan diri di sini dan dapat berkhidmat seikhlas dan sepenuh hati untuk murid-murid Sk Tg Semberong.
Selamat Maju Jaya diucapkan.

#THROWBACK 2015 - HARI SUKAN SEKOLAH 2015


#THROWBACK

Hari Sukan SK Tg Semberong 2015 telah berjaya dilaksanakan pada 17 Mei 2015. Tiada acara bertaraf olimpik mahupun bertaraf MSSC dipertandingkan atas sebab teknikal hehe..apapun kehadiran ibu bapa dan kaum keluarga yang ramai sangat menakjubkan. Menambah kemeriahan dan keceriaan program ini. Sikap 'sporting' yang ditunjukkan oleh ibu bapa dengan menyertai semua acara yang dipertandingkan sangat kami hargai.
Untuk pengetahuan semua program ini adalah program terakhir En Misman bersama pihak PIBG sebelum menamatkan perkhidmatannya sebagai penjawat awam. 


Program Hari Sukan Sk Tg Semberong 2015 telah dirasmikan oleh Tn Hj Samsuddin Bin Abd Rahman yang merupakan Ketua Kampung Sg Bioh.
En Misman mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan penghargaan terakhir beliau kepada ibu bapa yang hadir. Majlis bertambah meriah dengan kesudian ibu bapa menyediakan kek hari guru dan jamuan pada hari tersebut. 
Pihak sekolah merakamkan jutaaan terima kasih kepada para penyumbang yang sudi menyumbang untuk kelangsungan Hari Sukan Sekolah ini.
Semoga kerjasama dan ukhwah yang terjalin terus utuh demi kebaikan semua.

Friday, 8 January 2016

#THROWBACK 2015 - SAMBUTAN HARI GURU 2015


# THROWBACK

SELAMAT HARI GURU
"Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak"


Sambutan Hari Guru 2015 peringkat SK Tanjong Semberong telah diadakan pada 17 Mei 2015. Sambutan ini dimeriahkan lagi dengan hadiah kek daripada ADUN Sri Gading yang disampaikan oleh wakilnya. Sambutan diadakan ringkas tapi tetap meriah bagi memberi laluan yang lebih kepada aktiviti Sukaneka Tahunan yang turut diadakan pada hari yang sama.

acara tukar hadiah

Semoga guru-guru SKTgS terus komited dalam mebina ilmu yang bermanfaat kepada murid-murid serta meletakkan pembentukan akhlak sebagai keutamaan.

Tahniah dan Syabas!!!
Guru-Guru SK Tg Semberong 

#THROWBACK 2015 - TERIMA KASIH CIK NOR FARHANA ISMAIL


#THROWBACK 2015

Jutaan Terima Kasih diucapkan kepada Cik Nor Farhana Binti Ismail di atas khidmat bakti dan budi sepanjang perkhidmatan di sekolah ini diantara Jun 2014 sehingga April 2015. Beliau akan meneruskan khidmatnya di SK Sri Bandan demi keperluan perkhidmatan. Walaupun seketika namun cukup banyak sumbangan yang diberikan untuk kami kenang dalam lipatan sejarah sekolah. Semoga beliau maju jaya di sekolah baharu.