Friday, 15 January 2016

SELAMAT DATANG EN JALALLUDIN BIN MOHAMED TAHA


Selamat Datang kepada En Jalaluddin Bin Mohamed Taha, Guru Besar SK Tg Semberong. Tahniah juga di atas pelantikan jawatan Guru Besar. Beliau telah melapor diri ke sekolah ini pada hari pertama persekolahan iaitu 3 Januari 2016. Sebelum ini beliau merupakan Guru Penolong Kanan Kokurikulum di SK Seri Bulan Yong Peng Batu Pahat. 

Pihak sekolah dan seluruh warga sekolah mengalu-alukan kehadiran tuan. Diharap tuan dapat memimpin seluruh warga SK Tanjong Semberong ke arah kejayaan dan kecemerlangan.

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH TAHUN 2016

Assalammualaikum

Selamat Tahun Baru 2016

Selamat Kembali ke Sekolah

KEAZAMAN ditingkatkan, NIAT diperbetulkan, DOA dipanjatkan
Semoga tahun 2016 memberikan sinar yang lebih gemilang buat warga SK Tanjong Semberong
TERUS GAH!!!

#THROWBACK 2015 - JAMUAN AKHIR TAHUN


#THROWBACK

Program penutup tahun 2015. Jamuan akhir tahun. Meraikan semua yang telah bersama-sama menjayakan program dan tanggungjawab yang diamanahkan di sekolah sepanjang tahun 2015. Turut diraikan adalah murid tahun enam yang akan meninggalkan alam sekolah rendah untuk memasuki alam sekolah menengah. Selamat Maju Jaya diucapakan kepada Rafhan, Aiman dan Ayu. Diharapkan mereka dapat terus berusaha mengejar kejayaan untuk masa depan mereka yang lebih cerah.

#TerimaKasihSemua
#TahniahSyabas
#JumpaTahun2016

#THROWBACK 2015 - PENYERAHAN KEPUTUSAN UPSR 2015


#THROWBACK

Ini merupakan perkara yang paling dinanti-nantikan oleh semua warga sekolah dan juga ibu bapa.
KEPUTUSAN UPSR 2015

Setelah segalanya diusahakan berikut adalah keputusan UPSR 2015 yang diterima pada 17 November 2015 di Dewan Bai'ah SK Tanjong Semberong.

Radin Ayu Waheeda
4A 1B
Bahasa Melayu Pemahaman - A
Bahasa Melayu Penulisan - A
Bahasa Inggeris - B
Matematik - A
Sains - A

Mohd Rafhan
2A 3B
Bahasa Melayu Pemahaman - B
Bahasa Melayu Penulisan - B
Bahasa Inggeris - B
Matematik - A
Sains - A

Muhamad Aiman Mustakim
1A 2B 1C 1D
Bahasa Melayu Pemahaman - B
Bahasa Melayu Penulisan - C
Bahasa Inggeris - D
Matematik - A
Sains - B

Gred Purata Sekolah (GPS) - 1.80
Peratus Kelulusan - 66.667%

Walaupun gagal mencatatkan kelulusan 100% namun terdapat peningkatan dalam beberapa matapelajaran. Tahniah dan Syabas kepada semua calon, ibu bapa serta guru-guru yang telah bertungkus lumus sepanjang tahun untuk mempersiapkan mereka menghadapi peperiksaan ini.


#THROWBACK 2015 - LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MELAKA


#THROWBACK

Setelah beberapa tahun tertangguh akhirnya pada 5 Novemeber 2015 pihak sekolah telah berjaya mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke Melaka. Lawatan ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang sejarah dan pembangunan yang terdapat di Melaka. Berikut adalah tentatif program yang dijalankan selama sehari 

Tarikh
Masa
Tempat Yang Dilawati
5 Nov 2014
( Khamis)
7.00 pagi
Berkumpul di Parkir Kompleks Parit Raja
8.00 pagi
Mula bertolak ke Melaka
(berhenti dan bersarapan di R&R Yong Peng)
10.00 pagi
Tiba di Melaka
Lawatan ke Taman Mini Malaysia
11.30 pagi
Lawatan ke Planetarium Sains Melaka
1.00 petang
Makan Tengahari dan Solat Jamak Zohor Asar di Masjid Selat
2.00 petang
Lawatan Ke Muzium Kapal Selam
3.30 petang
Lawatan Ke Muzium Istana Melaka, Kota A’Farmosa
6.00 petang
Menyelusuri Sungai Melaka menaiki River Cruise Melaka
7.30 petang
Bertolak pulang ke Parit Raja
(berhenti solat jamak maghrib isyak di Plaza Tol Jasin)
11.30 malam
Tiba di Tanjong Semberong

























Diharap program ini dapat diteruskan pada tahun hadapan. Tapi nak ke mana pula ye? emmmm.... =) 

#THROWBACK 2015 - PROGRAM MINGGU PANITIA SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN 2015

#THROWBACK

Pada 13 - 17 September 2015, Panitia Sivik dan Kewarganegaraan telah menganjurkan Minggu Panitia Sivik dan Kewarganegaraan. Tema untuk program ini adalah Hari Kebangsaan 2015. Sebanyak 4 aktiviti berbentuk pertandingan dijalankan sepanjang minggu tersebut melibatkan semua murid SK Tg Semberong.

Pertandingan Mewarna dan Pertandingan Kumpul Barng Kitar Semula

Pertandingan Mewarna dimenangi oleh Mohd Firdaus manakala Pertandingan Kumpul Barang Kitar Semula yang dijalankan secara berkumpulan dimenangi oleh Kumpulan Sejiwa yang diketuai oleh Mohd Rafhan


Pertandingan Kuiz Merdeka

Pertandingan ini juga dijalankan secara berkumpulan. Ia dimenangi oleh Kumpulan Sehati yang diketuai oleh Ayu Waheeda


Pertandingan Sajak Merdeka
Pertandingan Sajak Merdeka dimenangi oleh Radin Abdul Matin yang dibimbing oleh Cikgu Ridzuan.


Tahniah dan Syabas kepada semua murid dan guru yang menjayakan program ini. 








# THROWBACK 2015 - HARI SUKAN NEGARA


#THROWBACK

Mulai tahun 2015 kerajaan telah mengisytihar bahawa setiap sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun adalah Hari Sukan Negara. Pelancarannya telah dijalankan diseluruh negara melibatkan semua agensi kerajaan dan swasta serta NGO. SK Tg Semberong tidak ketinggalan menyahut seruan negara ini. 

Pada hari tersebut yang jatuh pada tarikh 10 Oktober 2015 telah diadakan aktiviti berbasikal melibatkan semua murid dan guru. Kayuhan hampir 5km itu merupakan simbolik kepada usaha pihak sekolah untuk membudayakan sukan dalam kehidupan warga sekolah.

#Sukan Untuk Negara
#Sukan Untuk Semua
# Sukan Untuk Kesihatan