Wednesday 27 August 2014

Solat Hajat UPSR 2014 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah


Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Sangat Meriah!!! Itulah yang boleh digambarkan dalam Majlis Solat Hajat UPSR 2014 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435H peringkat SK Tg Semberong. Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Ogos 2014 dan turut dihadiri oleh ibu bapa murid. Program dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan solat hajat yang turut dihadiri oleh ibu bapa calon UPSR 2014. Ucapan ringkas oleh En Misman Jamian Guru Besar sekolah merasmikan program tersebut. Persembahan Raya daripada murid-murid mengambil tempat sebelum Majlis sambutan hari lahir murid tahun 4 Radin Abdul Matin Bin Raden Hisyamudin menambah lagi kemeriahan program. Terima Kasih kepada keluarga Radin Abdul Matin kerana sudi mengadakan majlis tersebut di sekolah. Saat yang dinanti menjelma apabila hidangan 100% seperti hidangan di pagi raya sudah menanti untuk di ratah. Terima Kasih kepada semua warga sekolah yang komited menjayakan program ini dan tidak dilupakan juga kepada pihak ibu bapa yang turut sama hadir menambah kemeriahan majlis.  Semoga ukhwah yang terjalin mesra antara warga sekolah dan pihak ibu bapa berkekalan untuk manfaat bersama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
dari
Warga SK Tg Semberong

1 comment: