Friday 15 January 2016

#THROWBACK 2015 - MAJLIS SERAH TUGAS DAN HARI TERAKHIR GURU BESAR EN. MISMAN BERSAMA MURID SK Tg SEMBERONG


#THROWBACK

Majlis Serah Tugas Guru Besar En Misman Jamian berlangsung pada 28 Mei 2015 di Pusat Sumber sekolah. Majlis bersejarah ini disaksikan oleh En Harom selaku wakil PPD dan En Daud yang merupakan Pengerusi PIBG sekolah. Suasana hiba tatkala penyerahan dokumen serah tugas disampaikan oleh beliau kepada pemangku Guru Besar En Abdul Razak. Sekaligus dengan rasminya tamatlah perkhidmatan beliau sebagai guru dan penjawat awam selama lebih dari 30 tahun. 

Sejurus acara serah tugas, menyusul pula majlis beliau bersama murid-murid untuk kali terakhir. Sekali lagi susanan hiba tatkala beliau memberikan ucapan dan amanat terakhir kepada murid-murid. Aiman Mustakim selaku wakil murid turut memberi sedikit ucapan sebagai penghargaan dan tanda terima kasih di atas jasa dan bakti yang diberikan selama ini. 
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Satu jamuan khas juga telah diadakan oleh kakitangan sekolah di Restoran Mohamad Long Parit Raja pada 16 Jun 2015. 


Semoga En Misman kekal ceria dan sihat disamping keluarga dan tidak melupakan kami di sini

Pantun Khas Buat En Misman

Ayam hutan terbang ke hutan
Tali tersangkut pagar berduri
Adik bukan saudara bukan
Hati tersangkut kerana budi

Baik bergalas baik tidak
Buli-bulu tali benang
Baik berbalas baik tidak
Asal budi sama dikenang

Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima Kasih daun Keladi
Jasa tuan jadi kenangan

Akar keladi melilit selasih
Selasih ditanam di hujung taman
Kalungan budi junjungan kasih
Mesra kenangan sepanjang zaman

1 comment: