Tuesday, 16 December 2014

Jamuan Akhir Tahun 2014


Ini merupakan program paling dinanti-nantikan oleh warga sekolah setiap hujung sesi persekolahan. Bersama-sama meraikan kejayaan dan usaha yang telah dilaksanakan sepanjang tahun.
Juga menjadi kenangan terindah dan terakhir buat murid tahun 6 yang akan meninggalkan alam persekolahan peringkat rendah.

Acara utama adalah MAKAN....hehe..



Namun diselitkan juga beberapa acara untuk menambah kemeriahan seperti persembahan murid, cabutan bertuah dan Anugerah King & Queen untuk murid. 


Semuanya gembira dan tiada yang tidak gembira melainkan gembira belaka...



Sukan Tahunan Sekolah 2014


[Sebelum program bermula]

Kemeriahan bukan terletak pada angka. Itulah yang dapat digambarkan pada hari sukan sekolah 2014 yang berlangsung pada Selasa, 17 November 2014. Kehadiran ibu bapa dan keluarga murid telah menamba kehangatan kemeriahan hari tersebut. Ini merupakan sesuatu yang positif dan menampakkan kejayaan program sarana ibu bapa yang digiatkan oleh pihak sekolah.
                Acara yang dipertandingkan bermula seawal jam 8.30 pagi dengan acara yang melibatkan murid-murid pra sekolah. Acara-acara yang dipertandingkan adalah acara memakai uniform sekolah, acara manipulasi alatan sukan, dan mengupas telur.

[Acara untuk murid pra sekolah]

Selesai sahaja acara murid pra sekolah, acara untuk murid tahun 1 hingga 6 mengambil tempat. Acara dibahagikan kepda dua bahagian iaitu individu dan berkumpulan. Jom kita saksikan aksi-aksi mereka.


[Acara individu untuk murid tahap 1 dan 2]

[Acara berkumpulan untuk murid tahap 1 dan 2]


                Semestinya kehadiran ibu bapa penjaga dan keluarga tidak pulang dengan tangan kosong. Ada acara yang dipertandingakan untuk mereka.  Saksikan aksi-aksi mereka…

[Acara murid bersama penjaga]
  
Hadiah-hadiah yang disediakan tidak mengecewakan. Ada yang bawa balik sekampit beras, sekampit mee halus dan macam-macam lagi. Tahniah untuk semua yang dapat hadiah ye..


[Penyampaian hadiah]


                 Pihak sekolah bersyukur kerana program dapat dijalankan dengan lancar dan meriah. Sekalung penghargaan kepada semua yang terlibat terutama kepada ibu bapa penjaga yang sangat supportive. Terima Kasih daun keladi kepada  insan-insan budiman  yang sudi menyumbang untuk kelancaran program sukan tahun ini. Jumpa lagi tahun depan. 





Tuesday, 9 September 2014

UPSR 2014


Ya Allah,
Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Amin Ya Robbal a'lamin


UPSR 2014

Selasa - Khamis

9 - 11 September 2014


Semoga Berjaya!!

Monday, 8 September 2014

Program Penghalalan Ilmu


"Sesungguhnya cikgu-cikgu bukan sekadar menghalalkan ilmu yang disampaikan malah sentiasa mendoakan kebaikan dan kejayaan semua murid"

"Semoga setiap ilmu yang kami sampaikan dapat digunakan sebaik mungkin bukan sekadar di dalam peperiksaan malah untuk kehidupanmu"

Selamat Berjuang kepada calon-calon UPSR 2014
SK Tanjong Semberong

Doa warga SKTgS mengiringi langkah kalian ke bilik peperiksaan.

Semoga Berjaya!!!


TAHNIAH!! SYABAS!! Pn Ainanni Fayzura


Tahniah dan Syabas!!!

Pn Ainanni Fayzura Binti Hassan

di atas

Penganugerahan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2014

Semoga terus cemerlang bersama SK Tanjong Semberong

SKTgS Terus Gah!!

Wednesday, 27 August 2014

Solat Hajat UPSR 2014 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah


Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Sangat Meriah!!! Itulah yang boleh digambarkan dalam Majlis Solat Hajat UPSR 2014 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435H peringkat SK Tg Semberong. Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Ogos 2014 dan turut dihadiri oleh ibu bapa murid. Program dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan solat hajat yang turut dihadiri oleh ibu bapa calon UPSR 2014. Ucapan ringkas oleh En Misman Jamian Guru Besar sekolah merasmikan program tersebut. Persembahan Raya daripada murid-murid mengambil tempat sebelum Majlis sambutan hari lahir murid tahun 4 Radin Abdul Matin Bin Raden Hisyamudin menambah lagi kemeriahan program. Terima Kasih kepada keluarga Radin Abdul Matin kerana sudi mengadakan majlis tersebut di sekolah. Saat yang dinanti menjelma apabila hidangan 100% seperti hidangan di pagi raya sudah menanti untuk di ratah. Terima Kasih kepada semua warga sekolah yang komited menjayakan program ini dan tidak dilupakan juga kepada pihak ibu bapa yang turut sama hadir menambah kemeriahan majlis.  Semoga ukhwah yang terjalin mesra antara warga sekolah dan pihak ibu bapa berkekalan untuk manfaat bersama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
dari
Warga SK Tg Semberong

Saturday, 16 August 2014

Majlis Khatam Al-Quran Sempena Ramadan 1435H Dan Penyampaian Duit Raya


Syukur Alhamdulillah program tadarus Al-Quran sempena Ramadan 1435H telah berjaya dilaksanakan oleh warga SK Tg Semberong. Justeru itu satu Majlis Khatam diadakan yang melibatkan semua guru dan murid SK Tg Semberong. Majlis diadakan pada 23 Julai 2014 bersamaan 25 Ramadan 1435H di kantin sekolah. Kelihatan murid begitu teruja menjayakan majlis ini. Tahniah kepada semua yang menjayakan majlis ini terutama kepada Panitia Pendidikan Islam. 


Serentak itu juga diadakan Majlis Pemberian Duit Raya kepada murid-murid SK Tg Semberong. Terima Kasih diucapkan kepada guru-guru yang bermurah hati menjayakan majlis ini. Semoga ia menjadi bekalan yang bermakna di sana nanti. 

Diharapkan program yang sangat bermanfaat ini dapat diteruskan setiap tahun sebagai salah satu proses kemenjadian insan yang unggul dari segi intelek dan rohani.