Monday 30 September 2013

Mode Kursus KSSR


Perkembangan terkini: Kursus KSSR Tahun 4, 2014.


Salam 1 Malaysia

Guru-guru di sekolah sekarang sedang mengalami mode Kursus KSSR tahun 4 bagi 2014.
Kursus adalah bermula pada hari Rabu hingga ke hari Sabtu dari jam 8.00 pagi hingga ke 5.00 petang. Pada minggu ini, Kursus KSSR tahun 4 adalah Kursus Pendidikan Seni dan Visual yang akan dihadiri oleh Puan Juliana binti Atan bertempat di Dewan SK Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Berikut adalah senarai guru yang akan menghadiri kursus kssr pada minggu-minggu berikutnya;

2-5   Oktober 2013: Pendidikan Seni Visual 
- SK Parit Raja (Juliana Atan)

9-12 Oktober 2013: Matematik                      
- SK Parit Raja (Juliana Atan)

9-12 Oktober 2013: Reka Bentuk Teknologi  
- Dewan Aura PPD (Mohd Rahmat Hamzah)

16-19 Oktober 2013: Bahasa Inggeris             
- SK Seri Puteri (Abdul Razak Mohd Aini)

16-19 Oktober 2013: Dunia Sains Teknologi  
- Dewan Aura PPD (Norharliyana Abd Kadir)

23-26 Oktober 2013: Teknologi Maklumat dan Komunikasi 
- Dewan Aura PPD (Ainanni Fayzura Hassan)

6-9 November 2013: Pendidikan Islam          
- Dewan Aura PPD (Norhayati Yusop)

6-9 November 2013: Bahasa Melayu              
- SK Seri Puteri (Jamaludin Jasat)

6-9 November 2013: Bahasa Arab                   
- SMK Penghulu Saat (Nur Hidayah Mohd Noh)


Thursday 26 September 2013

^^ UPSR 2013



Peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun enam baru sahaja berakhir. Pada tahun 2013 ini, seramai empat orang pelajar yang mengambil peperiksaan tersebut. Mereka terdiri daripada dua pelajar lelaki dan dua pelajar perempuan. Pelajar yang mengambil peperiksaan adalah:

*Abdul Qayum bin Rosli
*Radin Muhammad Rafiq bin Abdul Rahman
*Siti Aisyah binti Jamaludin
*Siti Mahirah binti Manzali

Diharapkan semoga keputusan peperiksaan pada tahun ini memberangsangkan dan sekolah mendapat mencapai kejayaan 100%. In Sha Allah.



Friday 20 September 2013

^^ Merdeka ke 56



Selamat Hari Merdeka ke 56 MALAYSIA
31 Ogos 2013 
Tanah Tumpah Darahku




Apakah erti kemerdekaan bagi anda?

Kemerdekaan yang kita kecapi bermakna kita bebas daripada penjajahan fizikal, spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing dan bangkit sebagai bangsa bermaruah.

Oleh yang demikian, Bersyukurlah kerana Negara kita masih AMAN dan DAMAI dan kita dapat bernafas di bumi yang indah ini. Alhamdulillah.

Saya Sayang Malaysia!

^^ Pembuka Bicara


Assalammualaikum pembuka bicara..
Bismillahirrohmannirohim memulakan kata..
 Skts berceloteh untuk semua..
Agar terhibur hendaknya..