Wednesday 27 August 2014

Solat Hajat UPSR 2014 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah


Gemersik takbir mengundang hiba,
Salam diutus tanda ingatan,
Syawal dinanti menjelang tiba,
Salam diutus pohon kemaafan.

Sangat Meriah!!! Itulah yang boleh digambarkan dalam Majlis Solat Hajat UPSR 2014 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1435H peringkat SK Tg Semberong. Program ini telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Ogos 2014 dan turut dihadiri oleh ibu bapa murid. Program dimulakan dengan bacaan surah Yassin dan solat hajat yang turut dihadiri oleh ibu bapa calon UPSR 2014. Ucapan ringkas oleh En Misman Jamian Guru Besar sekolah merasmikan program tersebut. Persembahan Raya daripada murid-murid mengambil tempat sebelum Majlis sambutan hari lahir murid tahun 4 Radin Abdul Matin Bin Raden Hisyamudin menambah lagi kemeriahan program. Terima Kasih kepada keluarga Radin Abdul Matin kerana sudi mengadakan majlis tersebut di sekolah. Saat yang dinanti menjelma apabila hidangan 100% seperti hidangan di pagi raya sudah menanti untuk di ratah. Terima Kasih kepada semua warga sekolah yang komited menjayakan program ini dan tidak dilupakan juga kepada pihak ibu bapa yang turut sama hadir menambah kemeriahan majlis.  Semoga ukhwah yang terjalin mesra antara warga sekolah dan pihak ibu bapa berkekalan untuk manfaat bersama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
dari
Warga SK Tg Semberong

Saturday 16 August 2014

Majlis Khatam Al-Quran Sempena Ramadan 1435H Dan Penyampaian Duit Raya


Syukur Alhamdulillah program tadarus Al-Quran sempena Ramadan 1435H telah berjaya dilaksanakan oleh warga SK Tg Semberong. Justeru itu satu Majlis Khatam diadakan yang melibatkan semua guru dan murid SK Tg Semberong. Majlis diadakan pada 23 Julai 2014 bersamaan 25 Ramadan 1435H di kantin sekolah. Kelihatan murid begitu teruja menjayakan majlis ini. Tahniah kepada semua yang menjayakan majlis ini terutama kepada Panitia Pendidikan Islam. 


Serentak itu juga diadakan Majlis Pemberian Duit Raya kepada murid-murid SK Tg Semberong. Terima Kasih diucapkan kepada guru-guru yang bermurah hati menjayakan majlis ini. Semoga ia menjadi bekalan yang bermakna di sana nanti. 

Diharapkan program yang sangat bermanfaat ini dapat diteruskan setiap tahun sebagai salah satu proses kemenjadian insan yang unggul dari segi intelek dan rohani.