Saturday 1 March 2014

Program Minggu Anti Dadah

Bertemakan "Gaya Hidup Sihat Amalan Kita", Program Minggu Anti Dadah telah dijalankan bermula 23 Februari 2014 hingga 27 Februari 2014. Program yang dijalankan untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah dalam kehidupan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu anti dadah ini adalah majlis pelancaran program dimana ikrar Antidadah dilafazkan oleh warga SK Tg Semberong dengan diketuai oleh Ketua Pengawas manakala teks perutusan Minggu Antidadah daripada pihak JPN Johor telah dibacakan oleh Pn Rosminah Bt Daini, GPK Hal Ehwal Murid SK Tg Semberong. Selain itu, aktiviti bicara 5 minit Antidadah dijalankan pada 7.20pagi - 7.25pagi sepanjang minggu tersebut manakala pertandingan mewarna dan melukis poster Antidadah pula dijalankan pada 25 Februari 2014. Sudut Antidadah juga sedang dibina melibatkan kerjasama guru dan murid. Semoga aktiviti yang dijalankan dapat memberi maklumat yang tepat kepada warga sekolah tentang bahaya penyalahgunaan dadah dalam kehidupan sekaligus melahirkan generasi masyarakat BENCI DADAH!!!

1 comment: