Tuesday 10 May 2016

KEM MEMBACA 1 MALAYSIA

------------------------------------||---------------------------------------
 ------------------------------------||-------------------------------------

Ahli Jawatankuasa Pusat Sumebr Sekolah yang diketuai oleh Cikgu Ridzuan dengan kerjasama Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Bahasa Inggeris telah mengadakan Program Kem Membaca 1 Malaysia pada 5 - 7 April 2016 bertempat di Sk Tg Semberong. Semua murid dari tahun 2 hingga tahun 6 terlibat di dalam program ini. Pelbagai aktiviti dijalankan termasuklah aktiviti membaca buku, kuiz bahasa, spell it right, deklamasi sajak, bercerita dan story telling. Jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk  murid-murid SKTgS kerana tanpa disedari ramai yang berbakat dalam aktiviti yang dijalankan. Mereka amat terhibur dan berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan setiap tahun.

SOLAT GERHANA MATAHARI


سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ

Pada 16 Mac 2016 telah berlaku gerhana matahari yang dapat dilihat di Malaysia dan negara-negara jiran terutamanya Indonesia. Apabila terjadinya gerhana matahari kita sebagai umat Islam disunatkan untuk menunaikan solat sunat gerhana matahari. Warga SKTgS tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menunaikan solat ini secara berjemaah yang diimamkan oleh Cikgu Hj Mohd Rahmat. Selain menunaikan tanggungjawab sebagai umat Islam, aktiviti ini juga dapat mendidik murid untuk mengerti hakikat sebenar kejadian gerhana matahari ini melaui khutbah yang disampaikan. 
Sejurus menunaikan solat sunat gerhana, warga sekolah tidak melepaskan peluang melihat sendiri perjalanan kejadian alam yang sungguh menakjubkan itu.





MAJLIS AKU JANJI MURID TAHUN 6 2016


Bersaksikan guru-guru dan ibu bapa, murid-murid tahun 6 telah melafazkan aku janji mereka untuk berusaha bersungguh-sungguh bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam UPSR 2016. Majlis ini telah diadakan pada 10 Mac 2016 sebagai salah satu motivasi kepada murid, ibu bapa dan guru-guru untuk bekerjasama dalam mencapai matlamat yang sama. Pada majlis ini juga ibu bapa dan guru-guru Tahun 6 sempat bersemuka membincangkan langkah-langkah yang perlu diantara dua pihak untuk meningkatkan prestasi anak-anak mereka.
Tahniah kepada semua yang terlibat...

Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber 2016


Tahniah kepada Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah di atas perlantikan rasmi jawatan tersebut. Majlis ini diadakan pada 10 Mac 2016 dan disempurnakan oleh Tuan Guru Besar En Jalalludin Bin Mohamed Taha.
Semoga dapat menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan baik. 

Ketua Pengawas
Radin Abdul Matin

Penolong Ketua Pengawas
Siti Maisarah

Pengawas Sekolah
Muhammad Firdaus
Siti Zulaika Natasha
Radin Umar Muhtar
Muhammad Adam

Pengawas Pusat Sumber
Radin Umar Faruq
Nur Faiqah Dayana