Saturday 25 April 2015

Merentas Desa 2015


Unit kokurikulum yang diketuai oleh GPK Kokurikulum Tn Hj Mohd Rahmat telah berjaya melaksanakan aktiviti merentas desa bagi tahun 2015. Ini merupakan aktiviti wajib yang dijalankan saban tahun dan murid-murid sentiasa menantikannya.

Pada tahun ini aktiviti ini diceriakan lagi dengan acara senamrobik yang dipimpin oleh Tn Hj Rahmat sendiri. Nampaknya bukan murid sahaja yang beraksi dengan 'comel' tapi gurunya tumpang semangkuk juga hehehe...

Tahniah semua yang menjayakan aktiviti ini dengan jayanya...

Hari Terbuka dan Mesyuarat PIBG 2015

Hari Terbuka v1.0


Tahniah kepada semua ibu bapa penjaga murid yang hadir dalam majlis ini. Komitmen tuan/puan terhadap pelajaran anak-anak tuan/puan akan menaikkan lagi semangat kami guru-guru untuk mencurahkan ilmu kepada mereka. 


Mesyuarat PIBG 2015


Ini merupakan mesyuarat PIBG yang terakhir buat Tuan Guru Besar En Misman Jamian yang akan bersara pada bulan Jun ini. =(

En. Daud telah dilantik untuk mengisi kekosongan Pengerusi PIBG sekolah ini. 
InshaAllah segala apa yang dibincang dan diputuskan akan dilaksanakan sebaiknya..

Ibu Bapa dan Guru Sepakat..
Moga anak-anak mendapat Berkat...

Aura JDT


Memperkenalkan pakaian sukan terkini untuk murid SK Tg Semberong...
Mengambil aura pasukan bola sepak JDT...
Moga memberi semangat kepada mereka untuk sentiasa aktif bersukan demi kesihatan..

Luaskan Kuasamu......
=) 

Wednesday 25 March 2015

Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Tanjong Semberong 2014


Setinggi-tinggi Tahniah dan Syabas 
kepada 
semua murid yang menerima hadiah 
pada 
Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan SK Tanjong Semberong 2014
Semoga terus berusaha menjadi murid yang cemerlang di dunia dan di akhirat
InsyaAllah...
Terima Kasih kepada Tn Hj Mohamad Nor Bin Rasah Ahli Majlis Guru Besar Zon Pintas Puding merangkap Guru Besar SK Parit Raja di atas kesudian menerima jemputan daripada pihak sekolah untuk merasmikan program ini.


Majlis Aku Janji UPSR 2015


Permulaan yang meyakinkan!!!

Sebuah inisiatif awal daripada pihak sekolah bagi melahirkan kesedaran kepada calon UPSR 2015 bahawa usaha yang maksimum perlu bermula dari sekarang.
Inilah tujuan sebenar Majlis Aku Janji UPSR 2015 yang diadakan pada Khamis, 26 Februari 2015 yang dihadiri oleh ibu bapa murid tahun 6. Majlis ini adalah sebuah aktiviti di bawah Program Kecemerlangan UPSR 2015 iaitu Program On Your Mark, Get Set, Go.
Di harapkan pertemuan face to face di antara guru mata pelajaran dan ibu bapa mampu mencetuskan suasana pembelajaran yang lebih efisyen di rumah dan di sekolah sekali gus boleh memberi impak besar kepada kecemerlangan murid.
Pihak sekolah khususnya Guru Besar amat komited bahawa calon UPSR tahun ini mampu memberi keputusan yang terbaik dalam sejarah sekolah ini. InsyaAllah... 

Saturday 7 February 2015

Majlis Watikah Perlantikan Pengawas 2015


      Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Tahun 2015 telah berjaya dilaksanakan pada 1 Februari 2015 (Ahad). Ini merupakan program pertama sekolah pada tahun 2015. Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah dilantik. Pada tahun ini pihak sekolah telah melantik Muhammad Aiman Mustaqim sebagai Ketua Pengawas. Diharapkan mereka dapat menjalankan tugas dan amanah dengan sebaik mungkin sekaligus mendapat pengalaman yang berguna dalam menjadi seorang pemimpin.

Saturday 17 January 2015

Tahniah!!!

Tahniah!!!!

Cikgu Mohd Ridzuan Bin Katman 
dan 
Cikgu Rosminah Binti Daini

di atas Kenaikan Gred pada tahun ini. 

Mudah-mudahan menjadi motivasi untuk terus cemerlang mendidik anak bangsa. 

Cikgu Mohd Ridzuan Bin Katman (DG32-DG42)

Cikgu Rosminah Binti Daini (DG32-DG34)



Friday 16 January 2015

Selamat Kembali Ke Sekolah


Selamat Kembali Ke Sekolah!!!!

Alhamdulillah sesi persekolahan bagi tahun 2015 telah mula dibuka pada 11 Januari 2015 selepas ditangguhkan selama seminggu akibat bencana banjir yang melanda negara kita.

Warga Sekolah Kebangsaan Tanjong Semberong amat ceria dan teruja di hari pertama persekolahan pada sesi 2015. Semua murid dan guru berjaya hadir pada hari pertama persekolahan dan di harapkan ini menjadi permulaan baik bagi sekolah ini pada tahun 2015.


Guru Besar En Misman Jamian pada ucapan pertamanya di perhimpunan rasmi minggu pertama persekolahan amat berpuas hati dengan kehadiran murid yang nampak bersemangat dengan pakian sekolah baru mereka. Beliau mengharapakan semangat ini berterusan sepanjang sesi persekolahan tahun ini. 

Beliau juga mengumumkan satu berita baik untuk warga sekolah di mana SK Tanjong Semberong telah berjaya dianugerahkan Pencapaian Terbaik Matematik UPSR 2015 bagi kategori murid kurang murid di daerah Batu Pahat. Tahniah Cikgu Tn Hj Rahmat Bin Hamzah kerana berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang selaku guru matematik tahun 6 pada Tahun 2014. Mudah-mudahan ini menjadi motivasi kepada warga SK Tanjong Semberong pada tahun ini.




"SELAMAT MAJU JAYA 
SK TANJONG SEMBERONG
2015"