Monday 17 March 2014

#Pray4MH370

Misteri kehilangan pesawat MH370 telah menjadi isu negara yang mendukacitakan. Warga SK Tanjong Semberong turut sama bersimpati dengan kejadian ini dan mendoakan agar keluarga krew dan penumpang pesawat tersebut dapat bersabar menempuh dugaan ini. Semoga pesawat MH370 segera dijumpai bersama semua krew dan penumpang dalam keadaan selamat.
#Pray4MH370

Mesyuarat Agong PIBG 2014

Mesyuarat Agong PIBG kali ke-28 telah diadakan dengan jayanya pada 8 Mac 2014 di SK Tanjong Semberong. Walaupun tiada pemilihan ahli jawantankuasa dibuat pada tahun ini namun hampir semua ibu bapa murid hadir menjayakan mesyuarat ini. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh En Mohd Sai'ad Bin Hj Salleh selaku Pengerusi PIBG 2013/2014 telah membincangkan pelbagai perancangan dan usaha yang bakal di jalankan oleh ahli jawatankuasa sepanjang tahun 2014 demi kejayaan sekolah amnya dan murid-murid SK Tanjong Semberong khasnya. Diharapkan segala perancangan dan usaha dapat dilaksanakan dengan baik sekaligus menjadikan SK Tanjong Semberong Terus Gah sebagai salah sebuah sekolah terbaik di daerah Batu Pahat.   

Friday 14 March 2014

Majlis Akujanji Murid UPSR 2014


"Matlamat yang jelas merupakan salah satu ciri dalam sesebuah kejayaan". Itulah ungkapan sesuai yang boleh digambarkan dalam Majlis Akujanji Murid 2014. Majlis yang diadakan pada 8 Mac 2014 bertempat di Pusat Sumber Sekolah dan dihadiri oleh murid dan ibu bapa murid tahun 6 yang akan mengambil UPSR pada tahun ini. Selain menyatakan akujanji di hadapan ibu bapa dan guru-guru, majlis ini juga diadakan untuk mempertemukan ibu bapa dengan guru-guru tahun 6 bagi membincangkan secara lebih mendalam perancangan dan strategi di pihak masing-masing untuk memastikan calon-calon UPSR beroleh kejayaan. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada pihak ibu bapa yang hadir kerana telah menunjukkan komitmen yang sangat baik terhadap kejayaan anak mereka. Semoga usaha ini dapat membantu calon-calon UPSR 2014 mencipta sejarah peribadi mereka di SK Tg Semberong.  

Big Book LINUS

Dunia pendidikan kini yang lebih mencabar menuntut guru menjadi lebih kreatif. Justeru penghasilan Big Book LINUS ini diharapkan dapat membantu pelajar menguasai Literasi dan Numerasi dengan lebih mudah. Syabas dan Tahniah kepada guru-guru yang terlibat dalam penghasilan inovasi ini. Untuk mengetahui isi kandungan Big Book LINUS ini sila di lihat di bahagian Inovasi Sekolah.

Thursday 13 March 2014

Sambutan Hari Lahir v1.0 2014

Selamat Hari Lahir!!
Sanah Helwah!!
Happy Birthday!!
diucapkan kepada warga SK Tanjong Semberong yang menyambut hari lahir pada bulan Januari hingga Mac.
PN. ROHANA BINTI MD RUBANI (11 Jan)
CIKGU ROHANA BINTI MD RUBANI (19 Jan)
 CIKGU JULIANA BINTI ATAN  (28 Jan)
CIKGU SITI JULIDAH BINTI TAIBAN (12 Feb)
ADIK NUR HIDAYAH BINTI BORHANODIN (18 Feb)
MUHAMMAD FIRDAUS BIN DAUD (1 Mac)
Semoga Allah merahmati usia kalian dan beroleh kejayaan didunia dan akhirat..aminn..

Saturday 1 March 2014

Program Minggu Anti Dadah

Bertemakan "Gaya Hidup Sihat Amalan Kita", Program Minggu Anti Dadah telah dijalankan bermula 23 Februari 2014 hingga 27 Februari 2014. Program yang dijalankan untuk memberi pendedahan dan maklumat kepada murid tentang bahaya penyalahgunaan dadah dalam kehidupan. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu anti dadah ini adalah majlis pelancaran program dimana ikrar Antidadah dilafazkan oleh warga SK Tg Semberong dengan diketuai oleh Ketua Pengawas manakala teks perutusan Minggu Antidadah daripada pihak JPN Johor telah dibacakan oleh Pn Rosminah Bt Daini, GPK Hal Ehwal Murid SK Tg Semberong. Selain itu, aktiviti bicara 5 minit Antidadah dijalankan pada 7.20pagi - 7.25pagi sepanjang minggu tersebut manakala pertandingan mewarna dan melukis poster Antidadah pula dijalankan pada 25 Februari 2014. Sudut Antidadah juga sedang dibina melibatkan kerjasama guru dan murid. Semoga aktiviti yang dijalankan dapat memberi maklumat yang tepat kepada warga sekolah tentang bahaya penyalahgunaan dadah dalam kehidupan sekaligus melahirkan generasi masyarakat BENCI DADAH!!!