Tuesday, 19 November 2013
Cuti Sekolah Muncul Lagi
Alhamdulillah
Cuti sekolah kembali lagi. Pada kal ini, sekolah akan bercuti selama 6 minggu. Syukur kerana guru-guru dapat bercuti dan merehatkan diri dari sebarang tugasan sekolah.
Namun yang demikian, di permulaan cuti ini...masih ada segelintir guru-guru yang menghadiri kursus-kursus bagi memantapkan lagi profesionalisme keguruan.
Selamat bercuti kawan-kawan :)
Wednesday, 13 November 2013
UPSR 2013 :)
Alhamdulillah syukur ke hadrat illahi, keputusan UPSR pada tahun ini telah pun muncul kembali.
TAHNIAH WARGA SKTS!
UPSR 2013
Keseluruhan 75%
GPS 1.85
5A - Siti Aisyah Jamaludin
Semua A :)
3A 2b - Siti Maherah Manzali
A: BM Pemahaman, BM Penulisan, Matematik
B: Sains, English
1A 4B - Radin Muhd Rafiq A. Rahman
A: BM Pemahaman
B: BM penulisan, Matematik, English, Sains
4C 1D - Abdul Qayum Rosli
C: BM Pemahaman, Matematik, Sains, English
D: BM Penulisan
Tahniah Semua... :)
KEEP UP THE GOOD WORK GUYS :))
Monday, 11 November 2013
Cuti Sekolah Kembali...
Cuti Sekolah kembali lagi...
Alhamdulillah, tinggal beberapa hari sahaja lagi sekolah akan bercuti dan guru-guru serta murid-murid akan bercuti panjang pada kali ini.
Pada cuti kali ini, sekolah akan bercuti selama 6 minggu dan guru-guru ditugaskan datang ke sekolah mengikut giliran yang ditetapkan.
Apapun jaga diri, hiasi peribadi.
^^
Thursday, 7 November 2013
Masih Lagi Mode Kursus
Salam 1 Malaysia
Salam Perpaduan
Salam Sejahtera
Pada minggu lepas dan juga pada minggu ini, cikgu-cikgu di sekolah masih lagi dalam mode berkursus. Pada minggu ini seramai tiga orang guru menghadiri kursus seperti di bawah:
En Jamaludin bin Jasat = Kursus KSSR Bahasa Melayu Tahun 4
Pn Nurhidayah Mohd Noh = Kursus KSSR Bahasa Arab Tahun 4
Pn Ainanni = Bengkel Pemantapan PdP Guru-Guru Pemulihan Khas dan Guru-Guru Pemulihan Khas Linus
Minggu ini adalah minggu kedua akhir persekolahan sebelum cuti sekolah bermula. Walau demikian, guru-guru di sekolah masih lagi diminta menghadiri taklimat, kursus, bengkel yang diadakan.
Saya yang menurut perintah.
:)
Subscribe to:
Posts (Atom)