Status SKM (Sekolah Kurang Murid) tidak menjadi penghalang kepada SK Tanjong Semberong untuk menghantar wakil ke Kejohanan Olahraga dan Balapan MSSC Zon Pintas Puding 2014 yang akan diakan pada 25 Februari 2014 di SK Parit Raja. 4 atlet telah didaftarkan untuk menyertai 3 acara iaitu 100m perempuan bawah 10 tahun dan 12 tahun serta lompat jauh lelaki dan perempuan bawah 12 tahun. Latihan intensif telah bermula dan warga sekolah berharap mereka dapat komited dalam latihan sekaligus mendoakan mereka memenangi pingat di dalam kejohanan itu nanti. Ayuh SKTgS Terus Gah!!
Tuesday, 18 February 2014
Monday, 17 February 2014
Ujian Diagnostik Tahun 6
Bermula hari ini (Isnin; 17 Februari 2014) hingga
Rabu berlansung Ujian Diagnostik untuk murid tahun 6 yang akan mengambil
peperiksaan UPSR 2014. Ujian ini adalah langkah awal untuk mengenal pasti kelebihan
dan kelemahan murid dalam setiap mata pelajaran. Diharapkan pelajar yang
terlibat dapat menjawab soalan dengan tenang dan cemerlang. Semoga Berjaya!!!
Sunday, 16 February 2014
Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2014
Pengawas Sekolah
merupakan antara nadi uama dalam memastikan kelangsungan sesebuah sekolah.
Manakala Pengawas Pusat Sumber Sekolah merupakan ejen pembudayaan tabiat
membaca dalam kalangan warga sekolah. Di sebabkan peranan yang penting inilah
pada tahun 2014 pihak sekolah telah melantik 5 orang pengawas sekolah dan 4
orang pengawas pusat sumber. Majlis Watikah Perlantikan Pengawas Sekolah dan
Pengawas Pusat Sumber 2014 telah disempurnakan oleh YDP PIBG SK TG Semberong,
En Sai’ad Bin Hj Salleh pada 15 Februari 2014.
Berikut adalah
senarai Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber bagi tahun 2014:
Ketua Pengawas :
Nur Hidayah Binti Borhanodin
Penolong Ketua
Pengawas 1 : Raden Elma Theana Binti Raden Hisyamudin
Penolong Ketua
Pengaws 2 : Denis Hakim Bin Mohd Sai’ad
Setiausaha :
Mohamad Rafhan Bin Manzali
Bendahari : Raden
Abdul Matin Bin Raden Hisyamudin
Ketua Pengawas
Pusat Sumber : Raden Ayu Waheeda Binti Mohd Zin
Penolong ketua
Pengawas Pusta Sumber : Mohd Syazwan Bin Jamaludin
Setiausaha :
Muhammd Aiman Mustaqim Bin Ishak
Tahniah! kepada
semua yang dilantik. Semoga dapat melaksanakan tugas dan amanah yang diberikan
dengan ikhlas dan cemerlang.
Sambutan Maulidurrasul 1435H Peringkat SK Tg Semberong
Dari Anas r.a
katanya Nabi s.a.w pernah bersabda
“Tidak
sempurna iman seseorang kamu sebelum ia
lebih mencintai aku daripada mencintai ibu bapanya, anaknya dan manusia
umumnya”
Sehubungan itu,
Warga SK Tg Semberong tidak ketinggalan untuk sama-sama meraikan dan
memperingati hari kelahiran Nabi Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w dalam
Sambutan Maulidurrasul 1435H peringkat SK Tg Semberong. Sambutan anjuran
bersama Sekolah Agama Tg Semberong ini telah dihadiri oleh YDP PIBG SK Tg
Semberong merangkap Pengerusi Kebajikan Sekolah Agama Tg Semberong dan ibu bapa
murid-murid kedua-keduan buah sekolah. Pihak sekolah telah menjemput Ustaz Md Isa Bin Man, Ketua Jabatan Pendidikan Islam
dan Moral IPG Kampus Tun Hussein Onn sebagai penceramah undangan. Sambutan ini
juga diserikan dengan persembahan nasyid dari murid-murid kedua-dua buah
sekolah. Diharap sambutan ini dapat diteruskan saban tahun agar manifestasi
kecintaan kepada Nabi s.a.w dapat terus disuburkan dalam jiwa warga SK Tg
semberong.
Subscribe to:
Posts (Atom)